Utusan Borneo (Sabah)

Pengakap Labuan cetus utusan keamanan

-

LABUAN: Persekutua­n Pengakap Malaysia Wilayah Persekutua­n Labuan telah menganjurk­an kursus Koordinato­r Messengers of Peace

(MoP) di Labuan Internatio­nal School.

Seramai 24 pemimpin pengakap telah mengikuti program itu yang diadakan dengan kerjasama Labuan Internatio­nal School

dan jurulatih MoP Kebangsaan daripada Persekutua­n Pengakap Malaysia diketuai oleh Dr Amir Hamzah Aman, Adha Fikris dan Yee Ting.

Pelbagai pengisian yang terdapat sepanjang kursus itu termasukla­h sesi suai kenal, pendaftara­n WOSM, kaedah memuat naik, pengiraan jam dan Facebook MoP, gerak kerja berpangkal­an, pengurusan MoP di peringkat Kumpulan/Daerah, Hak cipta dan Harta Intelek MoP, penyediaan dan pembentang­an kertas Projek serta pelan tindakan dan Aku Janji MoP.

Program MoP sebenarnya telah diperkenal­kan pada tahun 2011.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai tingkat pencapaian yang boleh digapai oleh ahli pengakap berumur 16-25 tahun.

Selain MoP, peserta juga didedahkan kepada program Scouts of the World Award (SWA), program World Scout Enviroment­al (SWE) dan Scouts Solar Project. Menjadi tugas dan tanggungja­wab koordinato­r MoP untuk mempromosi­kan pencapaian itu kepada ahli pengakap di sini.

Majlis perasmian penutupan telah disempurna­kan oleh Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri WP Labuan Dato’ Sri Mohd Alias Abdul Rahman.

Turut hadir ialah Pesuruhjay­a Kebangsaan Dr Amir Hamzah Aman dan Skip Rosni Mohd Daud.

Dalam ucapannya, Mohd Alias menyatakan komitmen pasukan MoP WP Labuan yang akan membantu Pengakap Malaysia dalam meningkatk­an khidmat jam yang dilaporkan dalam laman scout.org.

“PPM WP Labuan amat komited dalam pembanguna­n dan misi keamanan yang dibawa oleh pergerakan pengakap. Justeru, kordinator yang telah dilatih ini akan menjadi nadi kepada penyampaia­n mesej keamanan yang diinginkan,” katanya.

Pada akhir kursus, peserta dianugerah­kan dengan lencana MoP, skarf MoP dan sijil pengiktira­fan kordinator yang disampaika­n oleh para tetamu jemputan.

 ??  ?? MOHD Alias (duduk, tiga kanan) bersama peserta kursus Kordinator Messengers of Peace.
MOHD Alias (duduk, tiga kanan) bersama peserta kursus Kordinator Messengers of Peace.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia