Utusan Borneo (Sabah)

Kempen PRU14 di Sarawak berjalan lancar, aman

-

MUKAH: Kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Sarawak sejak hari penamaan calon Sabtu lalu berjalan lancar dan aman.

Exco Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Royston Valentine berkata ini adalah salah satu tanda proses demokrasi tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku.

“Inilah keunikan negeri ini suasana kempen aman dan tenang,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, barubaru ini.

Menurutnya, suasana itu diharapkan berterusan sehingga menjelang hari pengundian pada Rabu depan.

Ketika ditanya mengenai suasana di Mukah, beliau turut mengatakan suasana kempan terbaik setakat ini.

“Rasa seronok berkempen kali ini, semua pihak amat mudah didekati,” jelasnya.

Menurut Royston, keduadua pihak iaitu Barisan Nasional (BN) mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) sangat mesra kepada penduduk Mukah.

Mengenai penerimaan penduduk setempat terhadap calon BN Parlimen Mukah Datuk Hanifah Hajar Taib, beliau mengatakan sambutan baik sejak hari pertama kempen dijalankan.

“Semua lokasi kempen calon BN disambut dengan mesra,” ujarnya.

Mengenai peranan pemuda, beliau yang juga timbalan ketua pemuda PBB Tellian mengatakan kali ini pihaknya lebih meyemarakk­an suasana kempen seperti menaikkan bendera, poster calon dan kain rentang.

Parlimen Mukah menyaksika­n pertanding­an dua penjuru antara BN dan PKR pada PRU14 ini.

BN diwakili Hanifah yang ditentang calon PKR Abdul Jalil Bujang yang mempunyai pengalaman bertarung dalam dua PRN dan satu PRK sebelum ini.

Manakala Hanifah adalah seorang muka baharu dan Parlimen Mukah sebelum ini disandang Tan Sri Mu ham mad Leo Toyad dengan rekod tanpa kalah.

Mukah juga tidak pernah terlepas ke tangan pembangkan­g dan diklasifik­asikan sebagai salah satu kubu kuat BN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia