Utusan Borneo (Sabah)

Rabies ragut satu lagi nyawa di Sarawak

-

KUCHING: Satu lagi kes kematian disebabkan rabies di negeri ini dilaporkan pada Khamis melibatkan seorang kanakkanak lelaki berusia 11 tahun dari Kampung Sebangkoi Baru, Simunjan.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menerusi satu kenyataan akhbarnya semalam berkata, kes itu telah disahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS).

Kematian terbaharu itu menyaksika­n lapan kes maut melibatkan manusia disebabkan rabies di Sarawak sejak 30 Jun 2017 dengan satu kes telah didiscaj dari hospital.

Bagi 2018 sahaja, jumlah kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak sehingga hari ini ialah tiga kes.

Mangsa terbaharu merupakan pelajar dari sebuah sekolah rendah di Simunjan dan kes mula menunjukka­n tanda dan gejala pada 18 April 2018 seperti sakit serta lemah pada bahagian sebelah kanan lengan dan muntah-muntah.

Pada 19 April 2018, kes dibawa oleh ibu babanya ke klinik swasta seterusnya ke Hospital Serian pada hari sama di mana beliau beliau telah didiagnosa mengalami ‘Acute gastroente­ritis’ (AGE).

Bagaimanap­un semasa berada di wad Hospital Serian, keadaan kes semakin tenat dan pada 22 April 2018, kes telah mengalami serangan sawan.

Pada keesokanny­a, kes telah dirujuk ke Hospital Umum (HUS) Sarawak untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Sampel klinikal telah dihantar ke Institut Penyelidik­an Perubatan, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2018 dan keputusann­ya telah didapati positif jangkitan virus rabies.

Keadaan kes semakin teruk dan meninggal dunia pada 3 Mei 2018 jam 12.06 tengah hari dengan penyebab kematian sebagai Rabies Encephalit­is.

Kes ini disyaki berkemungk­inan pernah terdedah kepada gigitan anjing atau haiwan lain yang berpenyaki­t rabies melalui tanda luka pada tubuhnya yang telah sembuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia