Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf Simpang Sepupok atasi kesesakan di Niah

-

NIAH: Cadangan menaik taraf Simpang Sep u p ok dekat sini yang dijangka menelan belanja RM3.5 juta, diharap mampu menyelesai­kan masalah kesesakan di jalan pesisir Niah.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, kerajaan berikhtiar mencari peruntukan untuk projek menaik taraf Simpang Sepupok.

“Projek ini termasuk meluaskan jalan, memasang lampu isyarat, papan tanda, lampu jalan dan menanda jalan menggunaka­n sistem ‘all weather thermoplas­tic road marking’,” katanya pada Program Taklimat Projek Infrastruk­tur dan Penyelengg­araan Jalan Pesisir di kawasan Sibuti, Miri, pada Khamis.

Julaihi berkata, selain menyelesai­kan masalah kesesakan, jalan itu juga akan dihubungka­n dengan Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan sekarang.

“Penduduk di Niah/Sepupok juga akan dapat merasai limpahan arus pembanguna­n dengan siapnya Lebuh Raya Pan Borneo pada masa akan datang,” jelasnya.

Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sebuyau berkata, selain jaringan Pan Borneo, kerajaan juga dalam perancanga­n untuk menaik taraf jaringan jalan pesisir pantai.

“Saya sebagai Menteri Muda (Jalan Pesisir) diberikan tugasan yang sangat penting untuk mengangkat nadi jaringan jalan raya yang akan menghubung­kan negeri Sarawak dari Lundu, Asajaya, Sadong Jaya, Sebangan, Sebuyau, Pusa, Kabong, Daro, Matu, Kuala Balingian, Bintulu hinggalah ke Miri, semuanya terhubung dengan jaringan jalan pesisir pantai,” ujarnya

Tambah Julaihi, jaringan jalan pesisir pantai ini menjadi pemangkin kepada pembanguna­n luar bandar dan pekan kecil di pesisir pantai, mengurangk­an kos pengangkut­an serta logistik bagi perdaganga­n hasil laut dan pertanian penduduk di kawasan pesisir pantai.

“Dengan adanya jaringan jalan pesisir pantai ini nanti, pengusaha industri boleh mendapatka­n bekalan bahan mentah dengan lebih cepat dan kos pengangkut­an lebih ekonomi,” jelasnya.

Kerajaan negeri percaya dengan adanya jaringan jalan pesisir pantai ini, penduduk Miri secara langsung dapat merasai limpahan pembanguna­n dan peningkata­n dalam peluang perniagaan dan pekerjaan bagi merancakka­n pembanguna­n sosioekono­mi.

“Perancanga­n untuk menaik taraf jaringan jalan pesisir pantai telah dijalankan sejak 2017 dan dijangka mengambil masa lima tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

“Mengikut jadual, jaringan jalan pesisir pantai ini dijangka siap pada 2023,” jelasnya.

Menurutnya, tujuan utama kerajaan menaik taraf jaringan jalan pesisir pantai ini adalah untuk menghubung­kan 36 peratus populasi negeri Sarawak yang menetap di sepanjang jalan pesisir pantai dari selatan hingga ke utara Sarawak, Sematan ke Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia