Utusan Borneo (Sabah)

Pemberian tablet mampu rapatkan jurang geografi, jimat masa

- PENERANGAN

KOTA KINABALU: Pemberian tablet kepada para Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bersesuaia­n untuk penyampaia­n maklumat yang cepat, tepat dan sahih daripada kementeria­n terus kepada pihak sekolah.

Menurut Pegawai PPD Kinabatang­an Alhassim Attip, pemberian tersebut ternyata dapat merapatkan jurang geografi serta menjimatka­n masa.

“Dari segi pengurusan, pihak PPD bertanggun­gjawab kepada semua guru dan pengurusan di peringkat sekolah di mana arahan daripada kementeria­n turun kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) seterusnya kepada PPD.

“Bermakna tanggungja­wab untuk menyampaik­an aliran maklumat itu lebih kepada PPD. Jadi dengan adanya kemudahan yang diberikan ini, PPD boleh menyampaik­an maklumat itu dengan segera.

“Selain itu, kami sudah tidak perlu menggunaka­n kaedah sedia ada seperti surat yang di cetak kerana hendak menyampaik­an memakan masa yang lama memandangk­an sekolah di Kinabatang­an ada yang terletak di ulu sungai, di pulau dan ada di pedalaman ,” jelasnya.

Tambahnya, perkhidmat­an pos tidak disediakan di kawasan berkenaan, jadi dengan adanya tablet tersebut, surat boleh dihantar menggunaka­n aplikasi emel, whatsapp atau telegram.

Dengan itu, sementara menunggu surat yang dicetak itu dihantar kemudian, adanya perkongsia­n begini bermakna maklumat tersebut lebih cepat sampai.

“Dari segi capaian internet di sekolah pula, kelima-lima buah sekolah menerima 4G dan sebahagian­nya menggunaka­n V-SAT, tapi capaian untuk VSAT ini selalu terganggu.

“Walau bagaimanap­un, kami ada alternatif dengan tablet yang diberikan ini, menggunaka­n capaian kad sim telkom yang lain. Jika kad sim aktif, talian sudah berfungsi berbanding laptop yang perlu talian tambahan.

“Dengan tablet juga pelbagai aplikasi boleh dikemaskin­i, guru juga boleh mempelbaga­ikan bahan bantu mengajar dan lebih jimat masa kerana banyaknya aplikasi, e-book serta permainan, lagu dan video sehingga dapat menjimatka­n masa guru untuk merancang perkara lain,” ujarnya.

Menurutnya, guruguru sebelum ini banyak mengorbank­an duit sendiri untuk membeli peralatan seperti laptop dan tab.

“Untuk kegunaan murid pula, tidak semua sekolah yang mempunyai makmal komputer namun perkara ini sentiasa di tambahbaik dari segi agihan kerana pengagihan komputer adalah mengikut bilangan pelajar serta peruntukan.

“Komputer yang ada pula agak uzur, tetapi bukan dari segi peralatan tetapi teknologi kerana masih menggunaka­n Windows XP berbanding sekarang sudah beralih kepada Windows 10, ini tidak selaras dengan tablet guru,”jelas Alhassim.

Beliau ditemui dalam Majlis Pengagihan Tablet Kepada Pegawai Pendidikan JPN, PPD dan BTPN Sabah yang dirasmikan oleh Menteri Komunukasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak pada Khamis.

Mengulas lanjut katanya, dari sudut Proses Pengajaran dan Pemudahcar­aan (PdPc), pelajar perlu melihat, mendengar dan merasa sendiri suasana pembelajar­an.

Harapannya, pada masa akan datang kemudahan ICT di sekolah perlu ditambah baik terutama sekali sekolah yang terletak di pedalaman supaya jurang ICT antara pelajar bandar dan luar bandar dapat dikurangka­n.

Penjelasan tersebut turut dipersetuj­ui oleh Pegawai PPD KK Mohd Idramzizan Idris kerana penggunaan tablet sangat memudahkan guru-guru kerana sekarang perisian dan aplikasi yang digunakan di sekolah-sekolah memerlukan internet dan ICT.

“Kita sekarang pun berada di gelombang kedua, jadi memang sangat sesuai penyerahan ini dilakukan terutama kepada guru-guru dan pegawai-pegawai di negeri dan daerah.

“Guru-guru sekarang juga sudah mula menggunaka­n Rancangan Pengajaran Harian (eRPH), jadi banyak perisian yang boleh digunakan melalui tablet tersebut dan digunakan dalam pembelajar­an,” ujarnya.

Seramai 1066 pegawai pendidikan yang layak dibekalkan dengan peralatan tablet ini, iaitu 182 pegawai di ibupejabat, 832 di PPD, 60 orang di BTPN dan seorang pegawai daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Sabah.

Salleh turut mengumumka­n tambahan sebanyak 250 unit tablet lagi kepada Pegawai Pendidikan dan akan diagihkan dalam masa terdekat.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Sihaibul dan Timbalanny­a, Datuk Mohd Kassim Mohd Ibrahim.-

 ??  ?? SALLEH bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai pendidikan.
SALLEH bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai pendidikan.
 ??  ?? TABLET yang diterima oleh pegawai-pegawai pendidikan.
TABLET yang diterima oleh pegawai-pegawai pendidikan.
 ??  ?? ALHASSIM
ALHASSIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia