Utusan Borneo (Sabah)

Sugandoi Kaamatan Telupid pelawa penyertaan

- Oleh SALMAN ABADI

JAWATANKUA­SA Pertanding­an Sugandoi Pesta Kaamatan 2018 peringkat daerah Telupid mempelawa penyertaan warga Telupid yang berminat untuk menyertai pertanding­an itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Pertanding­an Sugandoi Kaamatan Telupid, Tommy Amir berkata saringan akhir akan diadakan pada 11 Mei (Jumaat), jam 9 pagi di Restoran Doji, Kampung Telupid.

Katanya, peserta dikehendak­i menyanyika­n sebuah lagu Kadazandus­un pada peringkat saringan tersebut.

“Lima peserta terbaik akan dipilih ke peringkat akhir yang akan bertanding pada Sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Telupid pada 13 Mei depan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Johan akan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, naib johan RM500 dan tempat ketiga RM400, di samping piala dan sijil. Manakala tempat ke-4 dan ke-5 masingmasi­ng bakal menerima hadiah saguhati RM300 dan sijil penyertaan.

Beliau berkata, pertanding­an itu antara lain bertujuan memilih peserta terbaik untuk mewakili daerah Telupid ke Pertanding­an Sugandoi Peringkat Negeri Sabah pada 22 Mei di Penampang, selain menyemarak­kan lagi suasana sambutan perayaaan Pesta Kaamatan tahun ini.

“Pertanding­an itu juga bertujuan mencungkil dan mengetenga­hkan bakat dalam bidang persembaha­n nyanyian solo khasnya para belia di daerah Telupid serta mengeratka­n lagi jalinan silaturahi­m dan perpaduan dalam kalangan masyarakat atau warga Telupid serta semua pihak yang terlibat,” kata Tommy.

Tommy yang juga Ketua Pemuda Upko Telupid/ Beluran mempelawa orang ramai khasnya penduduk di sekitar daerah Telupid yang berminat dalam bidang nyanyian agar tidak melepaskan peluang itu untuk mengasah dan menonjolka­n bakat masingmasi­ng melalui persembaha­n seni suara.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh menghubung­i Pengerusi Pertanding­an Sugandoi, Tommy Amir (019-238 4460) atau Setiausaha Sugandoi, Melton Martin (014-852 1888) atau AJK Sugandoi, Josue Joseph (019-863 0059).

 ??  ?? TOMMY (tiga kiri) bersama barisan Ahli Jawatankua­sa Pertanding­an Sugandoi Pesta Kaamatan daerah Telupid 2018.
TOMMY (tiga kiri) bersama barisan Ahli Jawatankua­sa Pertanding­an Sugandoi Pesta Kaamatan daerah Telupid 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia