Utusan Borneo (Sabah)

Azwan Ali berhasrat nak jadi Senator

-

SELEBRITI kontrovers­i yang juga calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabang­sa, Azwan Ali, kini memasang angan-angan untuk menjadi senator.

Bagi pengacara berusia 55 tahun itu, Allahyarha­m Tan Sri Jins Shamsuddin, pelakon yang juga ahli politik pertama di Malaysia itu adalah idolanya.

“Saya teringin nak jadi seperti arwah Tan Sri Datuk Jins Samsudin, menjadi senator. Kalau tengok dia satu-satunya artis yang terpilih menjadi senator, saya tidak tahu proses dia macam mana tapi saya ada impian untuk sampai ke tahap itu,” katanya.

Jins Shamsuddin dilantik sebagai ahli Dewan Negara pada 13 Okt 2004 dan menjadi senator selama dua penggal sehingga 11 Feb 2011.

Mengenai peluangnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pemilik Ijazah Sarjana Muda Undangunda­ng dari Universiti Malaya itu berkata beliau tidaklah terlalu memikirkan soal kemenangan­nya tetapi yakin segala-galanya akan ditentukan Allah nanti.

“Ini semua kerja Allah.. apatah lagi orang kecoh kalau saya hilang wang pertaruhan, why not? (kenapa tidak?). Saya tidak menggunaka­n duit ibu ayah saya, it is my own money, (itu duit saya sendiri),” kata adik kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu.

Azwan akan bertanding menentang abangnya, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dan tiga calon lain dalam pertanding­an lima penjuru kerusi DUN Bukit Antarabang­sa. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia