Utusan Borneo (Sabah)

Yahya gariskan beberapa hala tuju jika diberi mandat

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

KOTA KINABALU: Calon Bebas N24 Membakut, Haji Yahya Ahmad menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat jika diberi mandat dalam pilihanray­a kali ini.

Beliau berkata, penyertaan­nya dalam proses demokrasi ini adalah kerana memahami masalah rakyat di kawasan Membakut yang selama ini kurang diperhatik­an dan tidak diberikan jalan penyelesai­an.

Bagi kawasan DUN Membakut, Yahya berdepan dengan penyandang Datuk Haji Mohd Arifin Arif dari Barisan Nasional, Ali Omar Mohd Idris dari Parti Harapan Rakyat, Rosjelen binti Salimat dari Parti Cinta Sabah dan Abd Sani Marif dari Parti Warisan.

“Saya mahu membela rakyat dalam pelbagai perkara yang selama ini tidak dapat diselami oleh mana-mana pemimpin, walaupun mereka ada kedudukan dan memegang lama jawatan sebagai wakil rakyat,” katanya.

“Membakut bukan saja dibangunka­n bersama ilmu tetapi rakyatnya memerlukan pembelaan yang adil dan saksama dalam arus pembanguna­n,” kata calon Bebas berlambang pen.

“Apa yang Lebih penting ialah ekonomi rakyat, faedah kebajikan, pembanguna­n insan, pembelaan sosial lebih terarah, tiada unsur ketirisan dalam pengagihan projek,” katanya.

Ia juga harus mendapat manfaat kepada semua golongan tanpa digagalkan oleh sikap kroni dan hanya memenuhi kehendak sepihak yang jelas tidak disukai rakyat, tegasnya.

“Kita berharap Membakut akan berubah dengan cara urustadbir yang lebih baik, memperkasa semua jabatan dan agensi kerajaan agar bekerjasam­a menstruktu­r hala tuju pentadbira­n Membakut lebih kepada perkhidmat­an yang seimbang.

 ??  ?? YAHYA
YAHYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia