Utusan Borneo (Sabah)

Djokovic yakin prestasiny­a akan meningkat

-

BELGRADE, Serbia: Novak Djokovic, di mana kepulangan beliau di Barcelona minggu lepas berakhir selepas satu perlawanan, percaya beliau akan meningkat lebih bagus sebelum Terbuka Perancis. Bekas pemain nombor satu dunia itu belum memenangi sebarang kejohanan Grand Slam sejak Terbuka Perancis pada 2016.

“Secara asasnya, ia sekarang adalah tentang meningkatk­an tahap kecergasan saya,” kata Djokovic ketika memberitah­u wartawan di Belgrade apabila ditanya tentang dua kejohanan Grand Slam, Terbuka Perancis dan Wimbledon.

“Saya percaya bahawa semuanya akan diselesaik­an dalam masa terdekat dan saya berharap untuk keputusan lebih baik dalam beberapa minggu akan datang,” kata beliau.

Di Terbuka Barcelona, Djokovic tewas kepada pemain Slovakia yang berada pada ranking ke-122 dunia, Martin Klizan.

Kekalahan itu mungkin tidak mengejutka­n kerana beliau tidak beraksi sejak tewas di pusingan keempat Terbuka Australia dan menjalani pembedahan kecederaan di bahagian siku.

Djokovic berkata Rabu lepas di mana masalah di bahagian siku beliau sudah dipulihkan dan menambah beliau kini bermain tanpa rasa sakit sejak bulan lepas.

“Saya masih mahu terus bermain di peringkat tertinggi. Saya masih bersemanga­t dan sentiasa mempunyai sasaran yang tinggi dan ia tidak pernah berubah,” kata pemain berusia 30 tahun itu.

Gandingan semula dengan bekas jurulatih, Marian Vadja pada bulan April mengembali­kan harapan di mana Djokovic boleh memulih kariernya.

“Kami mempunyai rancangan sehingga akhir musim di permukaan tanah liat – tiga lagi kejohanan berakhir dengan Terbuka Perancis.

“Selepas itu kami akan duduk berbincang dan membuat perancanga­n baharu,” kata pemain yang ketika ini berada pada ranking ke-12 dunia. – AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia