Utusan Borneo (Sabah)

Presiden Roma kritik pengadil selepas tewas

-

ROM, Itali: Presiden kelab AS Roma, James Pallotta mengkritik pengadilan perlawanan selepas pasukannya disingkirk­an oleh Liverpool dari separuh akhir Liga Juara-Juara dan berkata ia adalah “satu lawak’ jika video bantuan pengadil (VAR) tidak diperkenal­kan dalam pertanding­an ini.

Roma menang 4-2 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadio Olimpico Rabu lepas tetapi Liverpool mara dengan agregat 7-6 selepas menang 5-2 pada perlawanan pertama dan Pallotta percaya beberapa keputusan tidak memihak kepada pasukannya.

“Saya tahu ia sukar untuk mengadili perlawanan tetapi ia benar-benar memalukan apabila tewas dengan agregat seperti ini,” kata beliau kepada wartawan. “Anda tidak dapat membiarkan perkara seperti ini berlaku.”

Pallotta merasakan Roma seharusnya diberikan dua tendangan penalti Rabu lepas.

Edin Dzeko dijatuhkan oleh penjaga gol Liverpool, Lorius Karous sebelum rehat tetapi sebaliknya Dzeko dikatakan ofsaid.

Pemain pertahanan Liverpool, Tren t nol d kemudian kelihatan terpegang bola dalam kotak penalti dari rembatan Stephan El Shaarawy tetapi ia tidak dilihat pengadil.

“Anda boleh melihatnya dengan sendiri. Dalam 49 minit beliau (Dzeko) tidak ofsaid dan beliau dijatuhkan oleh pengadil,” kata Pallotta.

“Satu lagi insiden jelas terkena palang dan semua orang dalam dunia kecuali mereka dalam padang ada melihatnya. Ia seharusnya kad merah dan bermakna mereka bermain dengan 10 pemain pada minit ke-63.

“Jika kita tidak mempunyai VAR dalam Liga Juara-Juara, ia sememangny­a satu lawak.” – Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia