Utusan Borneo (Sabah)

Izham ungguli Golf Amal RCLB

Atasi 9 pencabar lain untuk muncul juara

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Mohd Izham Majin mengunggul­i Kejohanan Golf Amal Rota r y Club of Likas Bay (RCLB) 2018 yang berlangsun­g di Sutera Harbour Golf and Country Club (SHGCC) pada Selasa.

Izham mencatat 40 mata untuk kelebihan selesa dua mata mengatasi sembilan pemain lain, menjuarai Medal A.

Keputusan sama yang dicatat oleh sembilan pemain pada kedudukan seterusnya, memaksa Kiraan Semula (OCB) dilakukan untuk menentukan lima pemain terbaik dari kelompok itu yang berjaya mendapat hadiah.

Selepas OCB, pemenang tempat kedua hingga keenam masing-masing disandang oleh James Odo, John Ericson, Tan Lim, Maxwin Chiew dan Kassim Kais.

Dalam kategori Medal B, Nordin Abas dengan aksi 37 mata muncul selaku juara mengatasi 28 pemain lain dengan kelebihan tipis satu mata.

Selepas OCB, pemenang tempat kedua hingga ke-10 masing-masing disandang oleh Wong Moy, Neldin Gimbang, Philip Labadin, Albert Kong, Benedict Wong Zhen Guang, Khairul Azwan, Halikun Jun, Paul Nointin dan Alexander Richard.

Dalam persaingan kategori Wanita, pemain tidak asing lagi Jacqueline Lau muncul selaku juara selepas turut mencatat 40 mata, dua mata mengatasi naib johan Jackie Chong yang mencatat 38 mata sambil, Julia Sergius yang mencatat 37 mata menduduki tempat ketiga.

Kategori terakhir untuk pemain-pemain Senior dijuarai oleh Bidin Numbong dengan aksi 38 mata, mengatasi tiga pencabar lain dengan kelebihan tipis satu mata.

Selepas OCB, pemenang tempat kedua hingga keempat masing-masing disandang oleh Donnie Intung, Freddie Lee dan Datuk George Bandusena.

Kejohanan itu yang menawarkan hadiah Pukulan Selubang (HiO) dengan nilai keseluruha­n lebih R M 230,000 menyaksika­n Emis Kuis @ Ariffin muncul pemain paling bertuah selepas berjaya melakukan HiO di lubang par tiga Ke-22 untuk memenangi sebuah kereta Proton Persona bernilai RM54,073 tajaan Proton Edar Sdn Bhd.

Kejohanan amal itu diadakan bertujuan untuk mengumpul dana untuk membiayai projek kemasyarak­atan RCLB seperti pembedahan lelangit sumbing, pemasangan peralatan dan penapisan air graviti di pedalaman serta mengadakan Kem Kesihatan termasuk pemeriksaa­n mata.

Selain Proton Persona, dua lagi hadiah HiO yang lumayan ditawarkan itu wang tunai bernilai RM100,000 sumbangan Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd dan sebuah kereta Isuzu D-Max Double Cab bernilai RM82,300 tajaan Fook Loi Automax Sdn Bhd, tetapi tiada pemenang.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan bersama oleh presiden RCLB Vincent Chua, bersama ahli jawatankua­sa penganjur K.P. Lu dan pengerusi penganjur Leslie Yew.

 ??  ??
 ??  ?? EMIS Kuis (tiga kanan) bersama ahli majlis tertinggi RCLB dan jawatankua­sa penganjur selepas menerima replika kunci Proton Persona yang dimenangi beliau di Kejohanan Golf Amal Rotary Club of Likas Bay (RCLB) 2018 di SHGCC pada Selasa.
EMIS Kuis (tiga kanan) bersama ahli majlis tertinggi RCLB dan jawatankua­sa penganjur selepas menerima replika kunci Proton Persona yang dimenangi beliau di Kejohanan Golf Amal Rotary Club of Likas Bay (RCLB) 2018 di SHGCC pada Selasa.
 ??  ?? JACQUELINE Lau (kiri) menerima hadiah juara kategori Wanita daripada K.P. Lu.
JACQUELINE Lau (kiri) menerima hadiah juara kategori Wanita daripada K.P. Lu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia