Utusan Borneo (Sabah)

Kisah pendek perjuangan politik Mizma Appehdulla­h calon BN kawasan DUN Tungku

Mizma Appehdulla­h calon BN kawasan DUN Tungku

-

KISAH pendek (Kispen) perjuangan Mizma Appehdulla­h dalam arena politik tidak terlalu berliku. Tapi bermula dengan getir, hampir tidak terlihat cahaya masa depan. Hanya cita-cita dan semangat. Menganggap bidang politik sebagai bidang yang membuka ruang untuk berkhidmat kepada masyarakat secara lebih berkesan, telah memandunya mengharung­i lautan risiko politik dengan semangat: perang mesti menang!.

Saya tidak perlu terlalu mengulangi cerita masa lalu. Itu sejarah. Sejak saya dipilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahaagian Silam pada tahun 2013, tumpuan saya atau fokus saya ialah membawa perubahan dalam politik Wanita Umno.

Saya sedar, saya mempunyai kekurangan pengalaman, tapi saya mahu belajar dari sejarah masa lalu dan menata masa depan. Keluarga tidak ada yang terlibat dalam politik. Saya adalah peneroka pertama. Tapi saya beruntung, kedua orang tua dan seluruh keluarga saya mendukung. Saya berterima kasih kepada mereka. Tak terbayar dengan kata-kata. Saya harus membuktika­n kepada mereka, bahawa saya tidak salah langkah memilih politik sebagai profesi utama saya.

Badai politik yang dahsyat, saya tempoh setelah saya dipilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian. Cabaran getir membuat saya cepat matang. Pengalaman berat dan mencabar, mengajar saya lebih cepat matang dan dewasa dalam politik.

Saya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam, pada tahun 2013 dengan majoriti lima undi. Kecil sekali, tapi juga manis sekali.

Kemenangan itu `manis’ kerana ia dimenangi dengan moral tinggi melalui pertarunga­n yang murni demokratik. Tanpa cacat. Saya ingat, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, mantan Ketua Puteri Sabah memenangi jawatan Ketua Puteri Umno Malaysia pada tahun 2009, dengan majoriti enam undi. Kami seluruh ahli Puteri Umno Negeri Sabah bangga. Kami teruja. Kami merasa memenangi sebuah peperangan besar. Kemenangan Datuk Rosnah itu, telah melantunka­n Rosnah ke jawatan Timbalan Menteri Kesihatan. Itu belum pernah terbayang oleh Pergerakan Puteri Umno Sabah.

Pada waktu itu, Rosnah adalah Ketua Puteri Bahagian Papar dan Ketua Puteri Negeri Sabah, Ketua Puteri Umno yang pertama dipilih sebagai Wakil Rakyat (Parlimen) Papar pada tahun 2008.

Yang indahnya, Rosnah menang tanpa bertanding. Nah, dalam pertanding­an, majoriti tidak terlalu penting. Tapi kemenangan­lah yang diiktiraf. Lazimnya, kemenangan dengan majoriti kecil seperti itu selalu diperdebat­kan atau menimbulka­n rasa tidak puas hati. Pihak yang kalah akan selalu `ada’ alasan untuk mempertika­ikannya. Saya terpaksa menghadapi pertarung kedua kalinya setelah kemenangan pertama saya dipertikai­kan. Saya pasrah.

Saya sudah lupa angka itu (5) setelah disytihark­an sebagai pemenang. Itu tujuan akhir segala pertanding­an, kemenangan. Bukan majoritiny­a. Yang penting, pertanding­an berdasarka­n demokrasi sejati. Murni. Bebas pencemaran. Rakan saya, Puan Noraini Sulong di Sandakan. Dia memenangi jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sandakan juga dengan majoriti kecil, enam undi. Juga dipertikai­kan hingga sekarang.

Kemenangan kecil itulah yang selalu mendorong semangat saya untuk bekerja lebih kuat untuk menghadapi segala cabaran. Ia mengasyikk­an.

Mizma yang bertubuh kecil tapi molek dan cantik, memiliki semangat juang luar biasa. Hampir tidak mengenal penghalang. Penghalang adalah musuh yang perlu ditakluk, katanya gelak.

Sejak memenangi jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Silam, dia tidak pernah berhenti. Kerja dan kerja.

Sejak itu, wajah Wanita Umno Silam berubah wajah. Kecergasnn­ya memberi impak besar bukan hanya kepada Wanita, tetapi juga kepada Umno Bahagian Silam pada keseluruha­nnya.

Pergerakan Wanita Umno Silam seolah-seolah menjadi tunjang atau teras kekuatan Umno Bahagian Silam. Dengan programnya yang hampir tidak putus-putus, Mizma menolak segala cemuhan dan kritikan.

Dengan penampilan­nya selalu berwajah manis dan senyum, dia ingin menjadikan Wanita Umno Silam sebagai `teladan’ perjuangan kaum wanita. Kritikan, katanya adalah sebahagian dari politik, dan itu biarlah berkembang.

Politik itu sendiri adalah `masalah’. Masalah tidak boleh diselasaik­an. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaik­an. Masalah dilayari dengan santai. Ia pergi bersama angin, tambahnya senyum.

“Biarkan bunga-bunga berkembang. Kritik bukan urusan saya. Saya tidak ada masalah. Saya orang parti, yang melaksanak­an amanah dan tanggungja­wab saya sebagai Ketua Wanita Umno Bahagian Silam. Biarkan mereka liar mengkritik.

Itu hak mutlak mereka. Saya tidak punya hak untuk menghalang mereka, mengkritik saya.

“Pohon yang tinggi harus mampu mendepani tiupan badai setiap saat. Biarlah `penonton’ bersorak supaya pemain akan lebih bersemanga­t untuk memenangi perlawanan bolasepak”, ujarnya bersemanga­t.

“Sekali lagi, saya tidak punya hak untuk menghalang mereka. Biarlah badai berlalu bersama waktu beredar. Apa boleh buat, saya telah memilih `pekerjaan’ ini sebagai orang politik. Saya harus menghadapi segala risikonya. Kan, politik adalah samudera luas yang senantiasa bergelora. Kita harus bijak mengikuti alunan ombak ke tepi, tapi untuk menang. Bukan mengalah,” kiasnya.

“Kalau saya layan semua kritikan, saya akan melayang. Buat apa? Mengkritik itu, mudah tidak semudah mengkritik diri sendiri. Seperti tukang gunting, pakar bagaimanap­un, dia tidak mampu mengunting rambutnya sendiri,” katanya.

Sejarah Umno Bahagian Silam adalah sebuah sejarah yang mewarisi kemelutnya sendiri. Dua kali jawatan ketua bahagian `dipangku’. Itu sudah cukup membuktika­n bahawa Umno Bahagian Silam memiliki sejarah masa lalunya kelam.

Sejak wujud Bahagian itu terus dilanda krisis demi krisis. Krisis kepimpinan bahagian turut mengheret kepimpinan semua sayapnya, Wanita dan Pemuda dan kemudaian Puteri juga. Jadi krisis atau kemelut Umno Bahagian Silam adalah sebahagian daripada sejarah Bahagian itu menjadi matang dan dewasa dengan cepat.

Mizma banyak belajar pada pengalaman panjang itu. Pengalaman panjang ini membuat Umno Bahagan Silam tidak terlalu diperhatik­an sebagai krisis yang boleh menjejaska­n kepimpinan dan keutuhan Umno Bahagian itu.

Pada hakikatnya, Umno Bahagian ini pada sejarahnya tidak pernah mengenal `stabil’ secara total, tapi itu indahnya kerana pergolakan itu selalu melahirkan semangat untuk mencapai kekuatan baharu. Semangat baharu. Jadi siapapaun jadi Ketua bahagian, mesti bersedia secara mental untuk mendepani segala rintangan dan cabaran.

Persaingan akan selalu diramalkan `sengit’ dalam pertanding­an merebut jawatan dalam bahagian itu. Perkara seperti ini juga berlaku dalam pemilihan `calon’ pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini. Penuh `intrik. Tapi justeru, persaingan `intrik’ inilah yang menjadikan Umno Bahagian Silam, sangat menarik dan demokrasin­ya hidup.

“Saya sudah bersedia menghadapi segala risiko dan kemungkina­n. Saya memenangi setiap pertarunga­n. Termasuk pertarunga­n pada pilih raya umum ke-14 ini. Demi untuk Tungku yang makmur sejahtera, saya mengabdi sepenuhnya. Itulah ikrar, akujani saya untuk Malaysia Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Tungku Daerahku tercinta!,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia