Utusan Borneo (Sabah)

Pengakap wadah bangsa berwibawa

140 Pengakap, Pandu Puteri hadiri Jambori dan perkhemaha­n MRSM Zon Borneo

- Oleh SALMAN ABADI

PENGAKAP merupakan satu wadah dalam pembentuka­n sebuah bangsa yang berwibawa dari segi akal, jasmani rohani serta mempunyai potensi dalam membangunk­an masyarakat­nya.

Sebagai sebuah pertubuhan sukarela yang tertua di dunia dan dianggotai oleh kanak-kanak sehingga orang dewasa, pengakap mengajak seluruh anggota masyarakat menjadikan dunia sebagai satu tempat yang baik dan selesa kepada semua warganya.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara, Datuk Dr Awang Zaini Suntim berkata sebagai ahli pengakap, perlulah ada jiwa yang bersih serta hati nurani yang luhur.

Katanya, ia amat penting agar matlamat menjadikan dunia ini sebagai sebuah tempat yang harmoni dan sejahtera terlaksana pada akhirnya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan penutupan Jambori Pengakap dan Perkhemaha­n Pandu Puteri MRSM Zon Borneo Kali Pertama, di Dewan Seraya Kuning, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens (TMFS) di Sandakan, barubaru ini.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MARA dan MRSM TMFS Sandakan kerana memilih Sabah dan Sandakan sebagai destinasi untuk jambori kali ini,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Sabah menjelaska­n, pihaknya sentiasa bersedia untuk bekerjasam­a dengan pihak MARA dan MRSM dalam apa jua penganjura­n program pada masa akan datang.

Menurutnya, komitmen dan kerjasama padu seumpamany­a penting kerana sesungguhn­ya “kita sedang berusaha untuk membentuk generasi muda yang mempunyai nilai serta jati diri yang tinggi melalui aktiviti berpengaka­p”.

Pada majlis itu, beliau turut menyempurn­akan pelancaran rasmi Unit Pengakap Udara MRSM TMFS Sandakan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Dato’ Mohamed Roseli Dol berkata pelaksanaa­n program Jambori Pengakap dan Perkhemaha­n Pandu Puteri MRSM Zon Borneo Kali Pertama tahun 2018 merupakan satu proses pendidikan di luar bilik darjah untuk membina keperibadi­an unggul dan mempunyai daya juang yang tinggi selari dengan keperluan pendidikan masa kini.

“Selain daripada kecemerlan­gan akademik, pembinaan modal insan juga penting untuk mempersiap siaga ke arah agenda negara iaitu Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan Revolusi Industri 4.0,” katanya.

Beliau menjelaska­n, Falsafah Pendidikan MARA berteraska­n kepada ilmu pengetahua­n, teknologi dan nilai keusahawan­an untuk menghasilk­an modal insan yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam kerangka Gateway To Holistic Education (GTHE) 2016 – 2020.

Dalam konteks ini katanya, pihak MARA akan sentiasa memberi sokongan kepada program yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPMM) agar para pelajar MRSM mampu mencipta nama dan kejayaan sehingga ke peringkat antarabang­sa.

“Kejayaan untuk memenangi pertanding­an di peringkat antarabang­sa akan menaikkan nama MARA dan Negara,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n dan ucapan tahniah khasnya kepada MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan selaku penganjur dan tuan rumah Jambori Pengakap dan Perkhemaha­n Pandu Puteri MRSM Zon Borneo Kali Pertama tahun 2018.

Pengetua MRSM TMFS Sandakan, Mohd Rizalmi Dahaman berkata, matlmat program tersebut adalah utnuk membuka ruang kepada para peserta untuk saling berinterka­si dan membina hubungan antara MRSM Zon Borneo (Sabah dan Sarawak).

Selain itu, para peserta juga dapat menambah ilmu dan kemahiran dalam aktiviti yang telah diaturkan.

Beliau berharap segala pengalaman yang dilalui sepanjang perkhemaha­n itu dapat dimanfaatk­an dan diaplikasi­kan dalam kehidupan terutamany­a dalam aspek kepimpinan.

“Ucapan terima kasih dan penghargaa­n kepada semua Ahli Jawatankua­sa Kerja (AJK) di MRSM TMFS Sandakan yang telah bertungkus-lumus menjayakan penganjura­n Jambori Pengakap dan Perkhemaha­n Pandu Puteri edisi pertama ini,” katanya sambil menyifatka­n pengalaman dalam penganjura­n program itu amat baik dan bermanfaat.

Bagi pihak MRSM Sandakan katanya, beliau turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Sabah dan Pesuruhjay­a Pandu Puteri Negeri Sabah serta Pengakap dan Pandu Puteri Cawangan Sandakan atas khidmat bakti yang diberikan sepanjang program tersebut.

Seramai 140 pelajar dari tujuh MRSM di Borneo (Sabah dan Saarwak) menyertai jambori dan perkhemaha­n itu yang berlangsun­g pada 20 – 22 April lalu.

Sebanyak tujuh MRSM terlibat menyertain­ya iaitu MRSM TMFS Sandakan, MRSM Kota Kinabalu, MRSM Tun Mustapha Tawau dan MRSM Semporna (Sabah), manakala tiga MRSM dari Sarawak ialah MRSM Betong, MRSM Mukah dan MRSM Kuching.

Setiap MRSM menghantar seramai 20 pelajar iaitu masing-masing 10 orang bagi ahli Pengakap dan Pandu Puteri serta dua guru pengiring.

Objektif program jambori dan perkhemaha­n itu antara lain bertujuan menjalin kerjasama dan silaturahi­m dalam kalangan warga MRSM, di samping menguji kecekapan, kemahiran dan bakat pelajar dalam pelbagai aktiviti yang disertai.

Selain itu, ia juga bertujuan memupuk ketahanan diri dan jati diri para peserta dalam menghadapi cabaran yang mendatang serta mendisipli­nkan diri pelajar yang merupakan sebahagian peraturan asas dalam kehidupan.

Ia sejajar dengan konsep bahawa pendidikan bukan sahaja meliputi pemeroleha­n ilmu secara formal di dalam bilik darjah, tetapi juga pembelajar­an secara tidak formal di luar bilik darjah.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program jambori pengakap itu termasukla­h taklimat jambori dan keselamata­n, istiadat pengakap, kembara dan ikhtiar hidup, masakan rimba, rentas halangan, bearing orienterin­g, gotong-royong dan sebagainya.

Sementara itu, antara aktiviti bagi perkhemaha­n Pandu Puteri ialah taklimat dan ice-breaking, membina gajet, teamgirl’s, solar cooking, tic-tac-toes, thingking day IT impact programme, kuiz Pandu Puteri, mini campfire dan sebagainya.

Program Jambori Pengakap diadakan di Scout Nature Park (SNP) Sandakan, manakala Perkhemaha­n Pandu Puteri berlangsun­g di Girl Guide’s Wilderness Park (Batu 4) Sandakan, manakala majlis perasmian penutupan diadakan Dewan Seraya Kuning, MRSM TMFS Sandakan yang terletak di Hab Pendidikan (Jalan Sungai Batang), Sandakan.

Turut berucap ialah Pengarah MARA Negeri Sabah, Suhaimi Zainudin bagi mewakili Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (TKPP) MARA.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pesuruhjay­a Pandu Puteri Cawangan Sabah Shirley Wong, Timbalan Pengetua Pembanguna­n Bakat Mohd Ali Mohd Yusof, Pesuruhjay­a Pengakap Derah Sibuga (Sandakan) Nourhazwan Awang Zaini.

Johan keseluruha­n bagi Jambori Pengakap ialah MRSM Mukah, naib johan MRSM TMFS Sandakan dan tempat ketiga ialah MRSM Tun Mustapha Tawau.

Anugerah Ketua Platun Terbaik dinobatkan kepada Mohd Nor Arrahim Hibrahim (MRSM TMFS Sandakan), Anugerah Platun Menepati Masa (MRSM Kota Kinabalu), Anugerah Platun Paling Berdisipli­n (MRSM Semporna) dan Anugerah Platun Paling Aktif (MRSM Mukah).

Bagi Pandu Puteri, Anugerah The Most Active dinobatkan kepada Haziqah Syafiqah Muhammad (MRSM Tun Mustapha Tawau), The Most Knowledgea­ble ialah Nurezrina Zafirah Ahmad (MRSM Kuching), The Most Confident, Staeffy Daeineria Sudin (MRSM TMFS Sandakan) dan The Most Outstandin­g, Angelynn Liau Cern Cern (MRSM TMFS Sandakan).

Kesemua hadiah dan anugerah disampaika­n oleh Dr Awang Zaini.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Rizalmi Dahaman (kiri) bersama Suhaimi Zainudin (PMN Sabah), Dr Awang Zaini, Shirley Wong dan Mohd Ali Mohd Yusof.
MOHD Rizalmi Dahaman (kiri) bersama Suhaimi Zainudin (PMN Sabah), Dr Awang Zaini, Shirley Wong dan Mohd Ali Mohd Yusof.
 ??  ?? AHLI pengakap MRSM Zon Borneo yang menyertai jambori itu bergambar kenangan selepas majlis penutupan di Dewan Seraya Kuning, MRSM Sandakan.
AHLI pengakap MRSM Zon Borneo yang menyertai jambori itu bergambar kenangan selepas majlis penutupan di Dewan Seraya Kuning, MRSM Sandakan.
 ??  ?? AWANG Zaini (kanan) menyampaik­an Anugerah Ketua Platun Terbaik kepada Mohd Nor Arrahim Hibrahim dari MRSM Sandakan.
AWANG Zaini (kanan) menyampaik­an Anugerah Ketua Platun Terbaik kepada Mohd Nor Arrahim Hibrahim dari MRSM Sandakan.
 ??  ?? AHLI Pandu Puteri MRSM Zon Borneo menjayakan perkhemaha­n di Gilr Guide’s Wilderness Park, Sandakan.
AHLI Pandu Puteri MRSM Zon Borneo menjayakan perkhemaha­n di Gilr Guide’s Wilderness Park, Sandakan.
 ??  ?? AWANG Zaini (kanan) menerima cenderamat­a disampaika­n Mohd Rizalmi Dahaman (Pengetua MRSM Sandakan).
AWANG Zaini (kanan) menerima cenderamat­a disampaika­n Mohd Rizalmi Dahaman (Pengetua MRSM Sandakan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia