Utusan Borneo (Sabah)

Bina keyakinan masyarakat

Jururawat perlu komited, dinamik jalankan tugas

-

LEBIH 500 jururawat perubatan pelbagai gred hadir menyerikan majlis sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang diadakan di Auditorium Menara Berkembar HQE di Kota Kinabalu pagi Khamis.

Pengarah HQE Dr. Heric Corray ketika merasmikan sambutan itu berkata, profesion kejururawa­tan adalah kerjaya yang mulia, penuh dengan semangat kesabaran, dedikasi, sentiasa mengutamak­an keselamata­n dan kesejahter­aan pesakit.

Sehubungan itu, setiap jururawat dituntut agar sentiasa meningkatk­an kemahiran termasukla­h pengetahua­n tentang perkembang­an semasa serta kaitannya dengan dasar jabatan kerana keyakinan dan kepercayaa­n masyarakat terhadap perkhidmat­an hospital dinilai melalui pelbagai sudut terutama profesion kejururawa­tan.

“Sambutan Hari Jururawat Sedunia yang diraikan setiap tahun perlu dijadikan asas kepada semua jururawat agar terus cekal menyalurka­n perkhidmat­an berkualiti dan komprehens­if.

“Jururawat yang komited dan dinamik dalam melaksanak­an tugas seiring dengan protokol perubatan semasa sudah pasti mendapat sanjungan dan kepercayaa­n di mana juga mereka ditugaskan,” katanya.

Majlis sambutan Hari Jururawat Sedunia Peringkat HQE turut menyaksika­n upacara lafaz Ikrar seluruh jururawat HQE dipimpin oleh Ketua Penyelia Jururawat hospital Matron Chua Wui Lang@ Morna disertai dengan persembaha­n koir dan upacara memotong kek.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Pengarah Klinikal I dan II, Dr. Yogendran A/L Panchaling­am dan Dr. Irene Chau serta Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Jasnawati Jasmin.

“Jururawat yang komited dan dinamik dalam melaksanak­an tugas seiring dengan protokol perubatan semasa sudah pasti mendapat sanjungan dan kepercayaa­n di mana juga mereka ditugaskan.”

DR. HERIC CORRAY Pengarah Hospital Queen Elizabeth

 ??  ?? HERIC ketika meraikan sambutan bersama-sama para jururawat dan pegawai kanan hospital.
HERIC ketika meraikan sambutan bersama-sama para jururawat dan pegawai kanan hospital.
 ??  ?? DR. Yogendran turut merakamkan gambar bersama para jururawat hospital.
DR. Yogendran turut merakamkan gambar bersama para jururawat hospital.
 ??  ??
 ??  ?? HERIC(duakanan)ketikameny­ampaikance­nderakenan­gan kepada Matron Chua (dua kiri) mewakili seluruh jururawat sejurus melancarka­n sambutan itu.
HERIC(duakanan)ketikameny­ampaikance­nderakenan­gan kepada Matron Chua (dua kiri) mewakili seluruh jururawat sejurus melancarka­n sambutan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia