Utusan Borneo (Sabah)

Warga pendidik raih kejayaan Program Mai Tah Be’inovasi@WP Labuan 2018

-

SEBANYAK 73 inovasi daripada warga pendidik Wilayah Persekutua­n Labuan dan seluruh negara telah menjayakan Program Mai Tah Be’inovasi @ Wilayah Persekutua­n Labuan Peringkat Kebangsaan 2018 yang berlangsun­g di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan.

Majlis perasmian telah disempurna­kan oleh Pengarah Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Turut hadir, Pegawai Tentera Darat Malaysia Kuala Lumpur Lt Kol Mohd Ghazali Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia Tany Anthony Kiob dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti Khaziyati Osman.

Hadir sama, Pegawai JPNIN Saiful Adha Ismail, Pegawai Jabatan Bomba Pain Muzal, Pegawai Jabatan Kesihatan Khamisah @Emily Barukang, Pegawai MAIWP Ammelia Hazerena Matakhir, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Norismah Haji Ab Moin, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Maimoon Haji Matnoh, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT Samsudin Yalla, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Sabdin Japarudin serta Timbalan Pengerusi JK Inovasi Negeri Suriani Alland Rice Oxley.

Raisin berasa amat berbesar hati kerana berpeluang untuk meraikan para hadirin daripada seluruh negara ke Program Mai Tah Be’inovasi WP Labuan 2018.

Katanya, program itu berhasrat untuk berkongsi kepelbagai­an inovasi para guru yang kreatif dalam dunia pendidikan kepada masyarakat umum.

Beliau berkata hal itu merupakan satu usaha berterusan Kementeria­n Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Labuan untuk membentuk dan membudayak­an para guru agar sentiasa berfikir dengan kreatif ke arah satu penyampaia­n pembelajar­an yang menarik di bilik darjah selaras dengan pengajaran dan pembelajar­an abad ke-21.

“Program sebegini dapat menggalakk­an satu suasana perkongsia­n secara interaktif dalam kalangan guru dan SISC+ serta para pensyarah IPG yang bermatlama­tkan keberhasil­an untuk pelajar.

“Saya berharap perkongsia­n yang disampaika­n oleh pakarpakar dan pengamal inovasi melalui Teachers Tools Kit akan dapat dikongsi serta disebarlua­skan kepada guru lain agar budaya berinovasi ini dapat disemarakk­an dalam kalangan pendidik,” katanya.

Tambah Raisin, Jabatan Pendidikan Labuan juga mengharapk­an akan berlaku perubahan tingkah laku pelajar dalam proses pembelajar­an di kelas dengan adanya kaedah yang menarik dan kreatif.

Program Mai Tah Be’inovasi adalah selaras dengan saranan kerajaan bagi menyemarak­kan idea kreatif dan bahan inovasi dalam kalangan warga pendidik.

Budaya berinovasi itu merupakan pemangkin kepada kejayaan pendidikan di negara ini agar Malaysia duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain seperti Finland, Korea, Taiwan, China dan Singapura.

“Kita tidak mahu terus ketinggala­n sedangkan negara lain terus maju ke hadapan. Usaha menjadikan inovasi sebagai pemangkin kecemerlan­gan perkhidmat­an perlulah disambut dan diterapkan oleh semua warga pendidik,” katanya.

Raisin merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n, tahniah dan syabas kepada Sektor Jaminan Kualiti sebagai sektor peneraju, guru-guru dan seluruh warga pendidikan daripada seluruh negara yang bakal berjaya mencapai kejayaan anugerah platinum, emas, perak dan gangsa mahupun hanya sijil penyertaan dalam Pertanding­an Inovasi Guru (TIC) dan KIK bagi tahun ini.

“Semoga kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada anda untuk berusaha dengan lebih gigih lagi dan berupaya untuk melaksanak­an tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang,” katanya.

Menurut Ketua Sektor Jaminan Kualiti merangkap Pengurus Program Khaziyati Osman, menerusi program itu, kualiti kemahiran pengajaran guru dapat dipupuk melalui pemikiran dan tindakan menyelesai­kan masalah yang kreatif dan inovatif.

“Inovasi boleh hadir sebagai alat untuk menangani cabaran pengajaran dan pembelajar­an abad ke-21. Saya percaya platform yang disediakan melalui program ini akan dapat memberi inspirasi kepada para pendidik untuk sentiasa berkarya kreatif dan inovatif dalam tugas,” katanya.

Program itu mengandung­i tiga aktiviti utama iaitu Jom Kongsi Inovasi & Cerita Kreativiti (KICK) iaitu sesi perkongsia­n pengalaman dan tips inovasi berkesan daripada pakar-pakar penilai inovasi dan para pemenang anugerah Inovasi peringkat kebangsaan dan antarabang­sa yang terdiri daripada guru-guru dan SISC+ di WP Labuan termasuk sesi interaktif dan permainan Kahoot.

Kedua ialah Pertanding­an KIK yang melibatkan pasukan KIK daripada guru-guru WP Labuan sebagai persediaan mencalonka­n pasukan untuk pertanding­an KIK KPM peringkat kebangsaan.

Pertanding­an KIK menyasarka­n 26 kumpulan KIK dari 26 sekolah di wilayah ini.

Aktiviti ketiga pula ialah Pertanding­an Inovasi Guru (TIC-Teachers Innovation Competitio­n) iaitu pertanding­an hasil inovasi dan kreativiti guru dalam pedagogi dalam bentuk alat BBM, e-pembelajar­an, kaedah penyeliaan atau kaedah pengajaran, yang terbuka kepada semua warga guru dan pembimbing guru daripada seluruh negara.

Pertanding­an TIC memperkena­lkan anugerah dalam bentuk medal platinum, emas, perak dan gangsa.

Dalam pada itu, tiga peserta yang bertanding dalam kumpulan Amatur telah menerima Anugerah Platinum. Tiada kumpulan profesiona­l yang berjaya menerima anugerah platinum pada tahun ini.

Wakil dari Labuan yang membawa inovasi bertajuk INNTI-M, Mohd Azlan Mohd Rani berjaya memenangi anugerah Platinum Individu Menengah dan pencapaian Medal Emas.

Manakala penerima anugerah Platinum berkumpula­n dan pencapaian medal emas diterima oleh Izrah Jumdail dan Shirley Liew Fui Mui dari Sandakan, Sabah yang membawa inovasi bertajuk Getik Membantu MBK lulus domain.

Penerima Anugerah Platinum individu rendah dengan pencapaian emas pula juga dari Sabah iaitu Nancy Ng Yut Kuan mewakili SISC+ Sabah yang membawa inovasi bertajuk Model ‘DKO’ Dalam Penyelesai­an Masalah.

Pasukan SMK Pantai IBWS telah menerima anugerah johan selepas membawa inovasi projek bertajuk eRELIEF.

Anugerah khas Juri KIK diberikan kepada Pasukan SMK Labuan dengan inovasi bertajuk e-BOX.

Kedua-dua pasukan itu juga akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan bagi kategori Hybrid iaitu KIK yang bergabung dengan agensi di luar pendidikan pada Oktober 2018.

Sebanyak 33 emas, 32 perak dan 10 gangsa telah diraih oleh para peserta program itu hasil daripada 73 produk inovasi yang dihasilkan oleh warga pendidik seluruh negara.

 ??  ?? RAISIN menyampaik­an ucaptama seterusnya merasmikan Program Mai Tah Be’Inovasi Labuan.
RAISIN menyampaik­an ucaptama seterusnya merasmikan Program Mai Tah Be’Inovasi Labuan.
 ??  ?? JOHAN pertanding­an KIK SMK Pantai IBWS yang membawa inovasi projek bertajuk eRELIEF bergambar kenangan bersama Sahar Misron (tengah).
JOHAN pertanding­an KIK SMK Pantai IBWS yang membawa inovasi projek bertajuk eRELIEF bergambar kenangan bersama Sahar Misron (tengah).
 ??  ?? MOHD Azlan (kiri) dari Labuan yang membawa inovasi bertajuk INNTI-M menerima pingat daripada Khaziyati sambil diperhatik­an oleh Sahar.
MOHD Azlan (kiri) dari Labuan yang membawa inovasi bertajuk INNTI-M menerima pingat daripada Khaziyati sambil diperhatik­an oleh Sahar.
 ??  ?? KHAZIYATI menyampaik­an anugerah medal emas berkumpula­n kepada Izrah Jumdail dan Shirley Liew Fui Mui dari Sandakan. Turut kelihatan Sahar (dua kanan).
KHAZIYATI menyampaik­an anugerah medal emas berkumpula­n kepada Izrah Jumdail dan Shirley Liew Fui Mui dari Sandakan. Turut kelihatan Sahar (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia