Utusan Borneo (Sabah)

Perpustaka­an Islam dijangka siap tahun ini

Bakal menempatka­n galeri kaligrafi Islamik, buku dan kitab berkaitan agama

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Perpustaka­an Islam Negeri Sabah yang dibina dengan kos bernilai RM3 juta di pekarangan Masjid Negeri Sabah dijangka siap pada tahun ini. Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perpustaka­an yang kini sudah hampir 70 peratus siap itu akan menempatka­n galeri kaligrafi Islamik serta buku dan kitab berkaitan agama dari seluruh dunia.

Ia termasukla­h salinan tesistesis Ijazah Doktof Falsafah (PhD) dari Universiti Al-Azhar Mesir. Bahan-bahan ini akan menjadi rujukan bukan sahaja di Sabah malah di Nusantara Asean.

“Saya mahu perpustaka­an ini menjadi perpustaka­an rujukan ilmuan, penyelidik dan pelajar seluruh Asean,” katanya ketika ditanya tentang perkembang­an terkini pembinaan Perpustaka­an Islam Negeri Sabah.

Arifin berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains), di Dewan Sa’adah Wisma Muis pada Jumaat.

Dalam majlis itu, 113 orang kakitangan Jheains menerima sijil termasuk 64 pesara yang menamatkan perkhidmat­an di jabatan berkenaan.

Beliau juga memohon kepada pengurusan Jheains supaya menitikber­atkan kebajikan pegawai dan kakitangan Jheains, terutama pegawai lantikan supaya mereka boleh memegang jawatan tetap.

Terdapat kira-kira 600 orang pegawai lantik anyang bertugas di Jheains pada masa ini. Di seluruh Sabah, Jheains mempunyai lebih 1, 000 kakitangan termasukla­h pegawai lantikan tidak tetap ini.

Arifin berkata Jheains berjaya menyelesai­kan hampir 70 peratus permasalah­an berkaitan perjawatan dan kebajikan kakitangan­nya sejak empat tahun lalu.

Atas sebab itu, beliau meminta pengarah Jheains supaya memberi fokus kepada usaha menyelesai­kan isu perjawatan dan kenaikan gaji kakitangan Jheains.

Beliau juga menyaranka­n kakitangan Jheains supaya melaksana hubungan baik dengan agensi agama lain bagi memudahkan urusan dan penganjura­n program yang memerlukan kerjasama pelbagai agensi agama.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Timbalan Pengarah Pengurusan Jheains Siti Afsah Mohd Yati @ Mohd Kudi dan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam) Mohamad Sidik Ag Adi.

“Saya mahu perpustaka­an ini menjadi perpustaka­an rujukan ” ilmuan, penyelidik dan pelajar seluruh Asean. DATUK MOHD ARIFIN MOHD ARIF Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (Muis)

 ??  ?? ARIFIN (duduk, sembilan kiri) bersama Afsah (duduk, lapan kiri) dan Sidik (duduk, sepuluh kanan) bergambar dengan penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Jheains 2017.
ARIFIN (duduk, sembilan kiri) bersama Afsah (duduk, lapan kiri) dan Sidik (duduk, sepuluh kanan) bergambar dengan penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Jheains 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia