Utusan Borneo (Sabah)

SM St John tuan rumah Hari Guru 7 Mei

-

BEAUFORT: Dewan Sekolah Menengah (SM) St John dipilih menjadi venue utama pelancaran sambutan Hari Guru Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort pada 7 Mei ini.

Setiausaha Induk Sambutan Hari Guru Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort Noresam Ismail berkata, persiapan tempat berlangsun­g majlis itu berjalan lancar dan dijangka tidak menghadapi sebarang masalah.

“Kami akan pastikan segala persiapan dari segi tugas dan tanggungja­wab dilaksana sebelum perayaan itu dilancarka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sebaik selesai mesyuarat susulan ahli jawatankua­sa pelaksana sempena sambutan majlis itu di Bilik Mesyuarat PPD Beaufort pada Isnin.

Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort Zolkiflee Hamid serta semua ahli jawatankua­sa pelaksana dan petugas sambutan Hari Guru PPD Beaufort 2018.

Noresam yang juga Ketua Unit Teknik dan Vokasional Pejabat Pendidikan Beaufort berkata, beliau sendiri akan memastikan segala tugas yang diamanahka­n dapat dijalankan dengan berkesan supaya sambutan itu nanti dapat dirai dengan meriah dan terbaik yang pernah dianjurkan.

Beliau amat yakin ahliahli yang dilantik dapat menjalanka­n tugas dengan penuh komitmen di samping bekerjasam­a dengan pihak yang berkaitan dalam menyediaka­n persiapan kemudahan majlis itu.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n kepada pengetua SM St John Seah Soo Lin, kerana menaruh sepenuh keyakinan dan kepercayaa­n kepada mereka untuk mengelolak­an sambutan Hari Guru 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia