Utusan Borneo (Sabah)

Program ziarah di Masjid Nur Hidayah Kg Laba

-

BEAUFORT: Program ziarah dan taaruf anjuran Jawatankua­sa Pembanguna­n Dakwah Zon Klias yang diketuai oleh Pengerusi Haji Mokhtar Hj Maslin telah dijayakan bersama ahli jawatankua­sanya di Masjid Nur Hidayah Kg Laba, di sini.

Kunjungan jawatankua­sa berkenaan telah disambut oleh Pengerusi Masjid Kg Laba Haji Tajudin Omarbaki bersama semua ahli jawatankua­sa masjid itu.

Menurut Mokhtar, tujuan ziarah taaruf ke Masjid Kg Laba adalah menjalin ikatan silaturrah­im sesama jemaah termasuk penduduk Kg Laba.

Katanya antara pengisian aktiviti ziarah pada malam itu adalah tazkirah agama yang disampaika­n oleh Ustaz Hj Abd Sagap Musrin serta penyampaia­n sijil penghargaa­n oleh Mokhtar kepada Jawatankua­sa Masjid Nur Hidayah Kg Laba yang diketuai oleh Tajudin.

“Program ini sentiasa bergerak ke semua masjid di sekitar kawasan ini dengan harapan dapat memberikan penyebaran syiar agama bersama para jemaah di zon Klias,” katanya.

Pihaknya sedang merancang aktiviti tambahan sebagai mengimarah­kan lagi suasana untuk para jemaah masjid bagi menekankan ukhuwah islamiah bersama masyarakat.

Sementara itu, Tajudin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Jawatankua­sa Pembanguna­n Dakwah Zon Klias Beaufort kerana sudi berkunjung ke Masjid Nur Hidayah.

Beliau berkata program ziarah seperti itu akan membuat penyebaran syiar Islam yang merupakan salah satu cara terbaik untuk merapatkan hubungan silaturahi­m antara para jemaah di mana-mana masjid disekitar zon berkenaan.

“Saya yakin ini adalah salah satu idea terbaik yang laksanakan oleh Jawatankua­sa Pembanguna­n Dakwah di sekitar ini yang bukan sahaja menyampaik­an dakwah kepada para jemaah, malah ia juga boleh dijadikan sebagai usaha insainiah yang ikhlas,” katanya.

Beliau berharap dengan usaha seperti itu, golongan belia juga akan memberi perhatian kepada usaha seperti itu.

 ??  ?? SEBAHAGIAN hadirin merakamkan gambar kenangan di majlis itu.
SEBAHAGIAN hadirin merakamkan gambar kenangan di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia