Utusan Borneo (Sabah)

Misi politik Osman Jamal, kesejahter­aan adil dan makmur

-

“KESEJAHTER­AAN dan kemakmuran ekonomi lebih penting dari politik, tapi kesejahter­aan dan kemakmuran harus diwujudkan melalui perjuangan politik sejati. Ini yang mendorong Datuk Osman Jamal terjun ke gelanggang politik,” kata seorang sahabat karib beliau.

Katanya, Osman menyertai politik dengan misi besar, bukan untuk `glamour’. Tapi untuk kesajahter­aan rakyat dan negeri. Sebagai seorang mantan pegawai tinggi kerajaan menerajui jabatan dan perbadanan yang strategik lagi penting, Osman mempunyai misi yang hanya dapat dilaksana melalui saluran politik secara langsung.

“Gagasan besar, boleh gagal, jika tidak dikendalik­an oleh pakar yang merancang,” jelas sang sahabat, seorang pegawai tinggi kerajaan negeri.

“Ini yang mendorong Osman terjun ke kancah politik, bidang yang cukup mencabar, getir dan tak dapaat diramal, penuh intrik,” kata sahabat itu lagi.

Jelasnya kepada saya dalam bincang santai di kedai kopi, Osman berkorban utuk mencapai sebuah gagasan besar, iaitu kesejahter­aan rakyat dan kemakmuran negeri. Bukan untuk dirinya. Bukan untuk sukunya. Bukan untuk negeri sahaja, tetapi negara Malaysia pada keseluruha­nnya.

Menurut beliau, Osman adalah seorang nasionalis

Melayu sejati seperti pemimpin

Melayu sebelumnya. Ujarnya, meskipun Osman, memimpin persatuan suku (Bugis), tetapi Osman adalah seorang nasionalis.

Pandangan politiknya adalah nasionalis sejati. Hal ini, kurang difahami kerana sebelum ini Osman bukan orang politik. Dia tidak boleh meluahkan gagasan besarnya di udara terbuka. Sekarang sudah berada di atas panggung politik. Beliau boleh bersuara bebas, membawa misi politik untuk rakyat dan negeri Sabah. Jarang kita temukan pemimpin berjiwa besar seperti dia (Osman).

Saya bukan memuji kerana sahabat saya.

Itu kenyataan. Kami pegawai tinggi kerajaan, tidak boleh memaparkan strategi pembanguna­n kerajaan secara terbuka, kecuali diminta berbuat demikian, tambahnya.

Kita tidak boleh menafikan ada orang meragukan dan mempertika­i niat mulia Osman. Ada pihak selalu meragukan. Itu sentimen politik semata-mata. Istilah `calon payung’ itu sudah punah. Pemimpin bebas di mana dan tempat mana, dia harus menyumbang bakti. Seperti guru. Ramai guru dari Semenanjun­g berkhidmat di negeri ini, kita tidak persoalkan. Tapi calon pilihan raya dipertikai. Osman lahir di Tawau. Kawasan Balung terletak di daerah Tawau. Apa masalahnya.? Tanya sang sahabat. Tegasnya, memang pemimpin yang berjiwa besar dan mempunyai gagasan besar selalu menimbulka­n `keraguan’ bagi golongan yang kurang `arif’ mengenai misi perjuangan seserang tokoh. Nah ini, yang berlaku terhadap Osman. Orang menganggap Osman seorang `luar’. Itu salah. Kesedaiann­ya menerima tawaran bertanding di kawasan Balung yang `dianggap’ asing baginya, merupakan bukti bahawa Osman tidak memilih kawasan.

Sabah baginya adalah negerinya. Malaysia baginya adalah negaranya. Berkhidmat di mana saja. Yang penting, bagaimana untuk melaksanak­an gagasan besar pembanguna­n ekonomi untuk mewujudkan kesejahter­aan kepada rakyat dan negeri. Itulah misi utama Osman Jamal. Perlu difahami.

Pemikiran inilah yang mendasari gagasan pembanguna­n Wilayah Selatan Sabah yang meliputi daerah Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu yang digagaskan Osman Jamal.

Wilayah Selatan Sabah mempunyai potensi ekonomi sangat besar dalam sektor pertanian, perdaganga­n, industri, perlombong­an dan pelanconga­n. Khususnya pelanconga­n-kesihatan atau perubatan.

Selama ini hanya sektor pertanian atau perladanga­n yang digarap setelah industri balak yang menyambung nafas ekonomi wilayah ini selama ini, berakhir. Tapi sektor perladanga­n sawit, juga secara beransur-ansur akan bertukar. Sektor lain mesti kita cari, kata seorang pegawai daerah.

Katanya, Osman Jamal yang telah mengetuai beberapa jabatan dan badan berkanun yang penting selama lebih 30 tahun di negeri telah melihat sektor atau industri yang boleh menggantik­an sektor yang ada sekarang ini. Kita perlu mencari bidang-bidang lain selain sektor yang sudah mapan.

Contohnyny­a perlombong­an. Sek minyak dan gas, industri raksasa yang sedang digarap oleh kerajaan negeri sekarang adalah sektor amat penting bagi masa depan kita.

Industri pelanconga­n berasaskan perubatan salah satu industri berpotensi di Wilayah Selatan Sabah, belum dimajukan. Kuching (Sarawak) sudah lama memanfaatk­an industri pelanconga­n perubatan atau kesihatan ini kerana Sarawak memilik hospital pakar yang baik.

Pelanconga­n dari seluruh daerah Kalimantan Barat, khususnya Pontianak mereka memilih Kuching daripada Jakarta kerana faktor jarak. Kuching lebih dekat daripada Jakarta.

Nah ini yang selama ini mungkin tidak difikirkan oleh pemimpin kita di sebelah selatan Sabah ini. Osman mempunyai gagasan ini. Osman mahu mengubah haluan pemikiran rakyat. Politik bukan bidang untuk `bermain-main’. Menggunaka­n `rakyat’ sebagai `produk politik”. Setiap lima tahun sekali `rakyat’ ini dijaja dan dipuja, tapi kita gagal mewujudkan kesejahter­aan dan kemakmuran mereka (rakyat) secara adil dan saksama. Ini yang membuat ada rakyat berpaling di musim pilihan raya.

Tegasnya, itu sebabnya, Osman mengorbank­an `diri’nya untuk sebuah gagasan. Sebuah misi, iaitu mewujudkan kesejahter­aan dan kemakmran ekonomi secara adil dan saksama. Bukan jadi calon asas tertulis namanya dalam sejarah. Politik adalah perjuangan, untuk negara bangsa dan agama. Itulah misi politik sebenar Osman Jamal.

 ??  ?? OSMAN JAMAL
OSMAN JAMAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia