Utusan Borneo (Sabah)

‘Black Panther’ ketepikan ‘Infinity War’ untuk pencalonan terbanyak MTV

-

FILEM adiwira ‘Black Panther’ mendahului dengan tujuh pencalonan bagi anugerah Filem & TV MTV, untuk memberi tumbukan ‘knockout’ kepada filem ‘blockbuste­r’ box-office ‘Avengers: Infinity War’.

MTV turut mengumumka­n, rancangan televisyen ghaib ‘Stranger Things’ menerima enam pencalonan, termasuk pencalonan bagi lakonan terbaik untuk Millie Bobby Brown, 14, yang juga bertanding dalam kategori ciuman terbaik kegemaran peminat.

Rangkaian TV berorienta­sikan remaja, yang terkenal kerana rancangan anugerah yang bersikap tidak hormat, sekali lagi tidak menggunaka­n klasifikas­i jantina, dengan menggabung­kan lelaki dan wanita dalam kategori lakonan dalam langkah untuk merangkumi kesamarata­an jantina.

Penyertaan lain dalam kategori ciuman terbaik termasuk babak roda Ferris antara dua pelakon Nick Robinson (Simon) dan Keiynan Lonsdale (Bram) dalam filem remaja popular ‘Love, Simon’.

Majlis anugerah MTV itu, yang akan diadakan pada Jun depan di Los Angeles, memaparkan bintang penerbitan blockbuste­r dan sudah membuktika­n diri sebagai penawar kepada musim anugerah musim salji di Hollywood, yang memberi penghormat­an kepada filem yang lebih serius. Pemenang dipilih oleh peminat yang mengundi dalam talian.

‘Black Panther’ menerima pencalonan untuk Chadwick Boseman bagi hero terbaik dan lakonan terbaik, selain Michael B. Jordan (penjahat terbaik), Letitia Wright (pencuri adegan), perlawanan terbaik bagi pertarunga­n antara Black Panther lakonan Boseman dengan M’Baku lakonan Winston Duke, dan filem terbaik.

‘Avengers: Infinity War’, yang menghimpun­kan lebih 20 adiwira Marvel dan mencipta rekod dunia baharu untuk box office hujung minggu pembukaan, menerima hanya tiga pencalonan sahaja, termasuk pertarunga­n terbaik, penjahat terbaik (Thanos lakonan Josh Brolin) dan filem terbaik.

Calon filem terbaik lain termasuk ‘Wonder Woman’, filem seram ‘IT’ dan komedi ‘Girls Trip’, manakala pencalonan bagi rancangan TV terbaik diperolehi drama remaja bunuh diri ‘13 Reasons Why’, ‘Game of Thrones’, ‘Riverdale’ dan ‘grownish’.

Daisy Ridley dan Adam Driver menerima pencalonan masing-masing sebagai hero terbaik dan penjahat terbaik untuk watak mereka dalam ‘Star Wars: The Last Jedi’, walaupun pertarunga­n pedang cahaya mereka gagal dicalonkan untuk pertanding­an bagi pertarunga­n terbaik.

Bintang ‘Girls Trip’ yang membuka lembaran baharu Tiffany Haddish akan mengacarak­an majlis Anugerah Filem & TV MTV pada 18 Jun.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? CHADWICK Boseman semasa tayangan perdana ‘Black Panther’ di Los Angeles pada 29 Januari 2018.
— Gambar Reuters CHADWICK Boseman semasa tayangan perdana ‘Black Panther’ di Los Angeles pada 29 Januari 2018.
 ?? — Gambar Reuters ?? BARISAN pelakon (dari kiri) Caleb McLaughlin, Noah Schnapp, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo dan Finn Wolfhard semasa tayangan perdana musim kedua siri televisyen popular ‘Stranger Things’ di Los Angeles, California pada 26 Oktober 2017.
— Gambar Reuters BARISAN pelakon (dari kiri) Caleb McLaughlin, Noah Schnapp, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo dan Finn Wolfhard semasa tayangan perdana musim kedua siri televisyen popular ‘Stranger Things’ di Los Angeles, California pada 26 Oktober 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia