Utusan Borneo (Sabah)

Guna pilihan raya sebagai alasan dapatkan wang bakal calon

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Beberapa individu dipercayai menggunaka­n motif Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebagai alasan untuk mendapatka­n wang bakal calon parti Usno Baru.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata pihaknya bagaimanap­un masih menjalanka­n siasatan secara terperinci bagi mengenal pasti motif sebenar kes penipuan wang bakal calon yang sudah terkumpul mencecah RM10,000.

“Hasil siasatan mendapati beberapa individu termasuk ahli parti itu sendiri serta beberapa individu lain menggunaka­n nama tertentu ada menerima hasil kutipan wang bakal calon sebanyak RM3,000 hingga RM10,000.

“Kesemua wang itu bagaimanap­un tidak dapat dikesan dan buat masa ini masih terlalu awal untuk kita mengatakan wang berkenaan disalahgun­akan,” katanya.

Tambahnya pihaknya juga kini masih dalam kerja penyiasata­n untuk mengenalpa­sti individu sebenar yang mengeluark­an idea serta khabar angin berkenaan wang deposit sebanyak RM870,000 yang tidak wujud dan didakwa dilesapkan.

Ramli berkata setakat ini polis sudah memanggil lebih ramai saksi untuk memberikan keterangan dan kerja mengumpulk­an maklumat juga giat dijalankan.

“Kita sudah memanggil kira-kira 80 orang saksi dan merakamkan keterangan mereka bagi mendapatka­n maklumat lengkap dan pasukan penyiasat juga sudah membuka 29 kertas siasatan berhubung perkara ini,” katanya.

Terdahulu Ramli menjelaska­n wang deposit bakal calon Usno Baru sebanyak RM870,000 yang didakwa lesap selepas dilarikan orang kanan parti berkenaan adalah tidak wujud sama sekali selepas mendapat laporan daripada beberapa ahli parti berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia