Utusan Borneo (Sabah)

Kota Marudu diyakini kekal milik BN

Ahli peladang ikrar sokong Maximus dan dua calon BN

- Dan Maximus serta Anita bersama ahli peladang yang hadir.

KOTA MARUDU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) berikrar memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Kota Marudu dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusi PPNS Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata janji dan komitmen itu dinyatakan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Kota Marudu kerana yakin hanya BN mampu membela nasib rakyat termasuk komuniti peladang.

Calon B N bagi kerusi Parlimen Kota Marudu ialah Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, manakala di DUN Matunggong BN diwakili Julita Mojungki dan di DUN Tandek oleh Datuk Lasiah Baranting @ Anita.

Berucap pada program Muafakat Peladang di sini, Mohd Nazri berkata Maximus diyakini mampu mengekalka­n kerusi Kota Marudu berdasarka­n kepada penerimaan masyarakat setempat terhadap BN.

“Kita melihat sokongan akar-umbi begitu kuat sekali, terutama daripada komuniti peladang. Malahan ahli kita dalam PPK sudah menyatakan ikrar sokongan padu kepada kesemua calon BN yang bertanding di sini,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu Maximus dan Anita serta beberapa pemimpin peladang.

Menurut Mohd Nazri, M a x i mu s dan dua calon B N yang lain diterima oleh masyarakat akar-umbi kerana kesemua mereka sentiasa sentiasa mendamping­i masyarakat setempat.

“Malah sepanjang mewakili kawasan Kota Marudu, Maximus telah berjaya membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada rakyat di kawasan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau optimis kawasan Kota Marudu kekal milik BN dalam PRU14 selain kerusi DUN Tandek akan kekal dimenangi, manakala kerusi Matunggong yang diwakili Bebas sebelum ini juga diyakini akan dikuasai BN.

Maximus dan Anita masingmasi­ng menghadapi persaingan empat penjuru, manakala Julita pesaingan lima penjuru.

“Kita melihat sokongan akar-umbi begitu kuat sekali, terutama daripada komuniti peladang. Malahan ahli kita dalam PPK sudah menyatakan ikrar sokongan padu kepada kesemua calon BN ” yang bertanding di sini. DATUK MOHD NAZRI ABDULLAH Pengerusi PPNS

 ??  ?? NAZRI
NAZRI
 ??  ??
 ??  ?? MAXIMUS, Nazri dan Anita serta sebahagian pemimpin peladang menunjukka­n tanda bagus sempena program itu.
MAXIMUS, Nazri dan Anita serta sebahagian pemimpin peladang menunjukka­n tanda bagus sempena program itu.
 ??  ?? NAZRI bersalaman dengan Maximus.
NAZRI bersalaman dengan Maximus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia