Utusan Borneo (Sabah)

Jumriah pejuang sejati BN di Silam

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

“SAYA resah dan tidak tenang duduk di rumah kerana rakan-rakan seperjuang­an sekarang sedang berjuang berkempen untuk memenangi Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU14).

Demikian luahan Jumriah Hambali, pejuang sejati Barisan Nasional (BN) di Silam, yang selamat dari insiden kemalangan selepas berkempen di Kunak pada 2013.

Ketika kejadian, beliau yang dalam perjalanan balik ke Lahad Datu bersama seorang rakannya selamat manakala pemandu terkorban setelah kereta pacuan empat roda terbabas.

“Saya bersyukur kerana selamat namun sekarang saya resah kerana mahu berjuang seperti dulu bagi membantu kemenangan BN,” katanya ketika ditemui di sini, pada Jumaat.

Jumriah yang cacat dan hanya bergerak dengan bantuan kerusi roda berkata dia risau sekirnya tidak dapat berjuang untuk BN selepas insiden yang menimpanya.

Namun berkat keinginann­ya yang tinggi beliau berusaha untuk mendedahka­n dirinya dengan teknologi maklumat dan mula berkempen.

Katanya, dia memanfaatk­an kuasa media sosial untuk menjelaska­n presepsi negatif masyarakat termasukla­h mendamping­i pengundi muda dan baharu.

“Keadaan saya yang sebegini tidak akan mematahkan semangat juang saya demi BN.”

“Saya yakin hanya kerajaan BN yang dapat membela rakyat dan saya mahu masyarakat terutama belia keluarlah mengundi BN demi masa depan negara,” katanya.

Ketua Umno Bahagia Silam, Datuk Mohd Yusof Apdal yang hadir pada majlis itu memuji semangat perjuangan Jumriah.

“Saya kagum dengan semangat juang beliau dan ianya perlu dijadikan contoh kepada kita kerana BN parti yang membela masa depan rakyat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? JUMRIAH bersalaman dengan calon BN Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal pada majlis itu.
JUMRIAH bersalaman dengan calon BN Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal pada majlis itu.
 ??  ?? JUMRIAH gembira dapat berjuang demi BN dengan caranya tersendiri.
JUMRIAH gembira dapat berjuang demi BN dengan caranya tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia