Utusan Borneo (Sabah)

APMM tahan bot, pacuan empat roda bersama ikan dibom

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

LABUAN: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua individu bersama bot nelayan serta pacuan empat roda yang memiliki sejumlah tangkapan ikan yang dibom di perairan Pantai Lambidan awal pagi Sabtu.

Pengarah Maritim Daerah Labuan Kapten Maritim Che Adnan Md Isa berkata kejadian disedari selepas pihaknya mendapat panggilan berkenaan kegiatan suspek pada jam 1 pagi.

“Sebaik diperiksa sepasukan anggota yang menjalankn Op Sejahtera di lokasi kejadian mendapati tiga orang kru bot sedang memunggah hasil tangkapan ikan ke sebuah kereta pacuan empat roda berwarna kelabu.

“Kita percaya pemilik kenderaan adalah peraih kepada hasil tangkapan ikan di sekitar pesisir Pantai Lambidan,” katanya.

Beliau berkata tiga suspek berkenaan bagaimanap­un bertindak melarikan diri ke kawasan semak selepas menyedari kehadiran anggota penguatkua­sa manakala dua lagi peraih hasil berjaya ditahan.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap bot nelayan dan kereta pacuan empat roda terbabit berjaya menemukan kira-kira 100 kilogram ikan pelbagai jenis yang dipercayai ditangkap menggunaka­n kaedah bom berikutan penemuan bahan bom ikan di dalam bot.

“Kesemua individu dan hasil rampasan yang dianggarka­n bernilai RM60,000 dibawa ke jeti APMM untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Perikanan 1985.-

 ??  ?? BOT yang ditinggalk­an suspek sebelum melarikan diri ke kawasan semak berhampira­n. Manakala gambar kecil, bahan letupan bom ikan yang ditemukan di dalam bot yang ditinggalk­an.
BOT yang ditinggalk­an suspek sebelum melarikan diri ke kawasan semak berhampira­n. Manakala gambar kecil, bahan letupan bom ikan yang ditemukan di dalam bot yang ditinggalk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia