Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 3,000 anggota keselamata­n mengundi di Pangkalan TLDM Sepanggar

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seramai lebih 3,000 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk ahli keluarga masing-masing mula melaksanak­an tanggungja­wab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Proses pengundian awal yang bermula seawal jam 8 pagi itu bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar.

Proses pengundian awal itu dijangka akan ditutup pada jam lima petang berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Pangkalan TLDM ini dikhaskan untuk pengundi yang mendaftar di Parlimen Sepanggar, Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dan DUN Inanam.

Turut serta dalam proses membuang undi itu ialah Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman bersama isteri Datin Mariam Suri Ahmad.

Kerusi Parlimen Sepanggar bakal menyaksika­n pertembung­an empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Azis Jamman dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Jeffrey Kumin dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan Robert Sopining dari Parti Cinta Sabah (PCS).

Sementara DUN Inanam akan menyaksika­n pertembung­an enam penjuru di antara calon BN Datuk Johnny Goh yang akan ditentang oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kenny Chua, Terence Tsen dari Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri), John Stephen Dionysius (SAPP), Jakariah Janit dari Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dan Situl Mintow calon Bebas. Manakala, DUN Karambunai turut menyaksika­n pertanding­an empat penjuru yang mana penyandang­nya Datuk Jainab Ahmad Ayid dari BN bakal ditentang tiga calon pembangkan­g iaitu Azhar Matussin (Warisan), Ahsim Jamat (SAPP) dan Aspar Oyet Parti Islam Se Malaysia (PAS).

 ??  ?? ANTARA anggota keselamata­n yang beratur ketika proses pengundian awal.
ANTARA anggota keselamata­n yang beratur ketika proses pengundian awal.
 ??  ?? ANTARA isteri-isteri dan anak-anak anggota keselamata­n yang turut serta dalam proses pengundian awal.
ANTARA isteri-isteri dan anak-anak anggota keselamata­n yang turut serta dalam proses pengundian awal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia