Utusan Borneo (Sabah)

Lima pusat pengundian awal dibuka untuk 1,837 anggota di Tungku, Lahad Datu, Kunak

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Proses pengundian awal di lima pusat yang dibuka untuk 1,837 anggota pasukan keselamata­n di daerah ini berjalan dengan lancar.

Lima pusat itu ialah Dewan Sebaguna Batalion 17 PGA Lahad Datu, Dewan Sri Mawar Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Lahad Datu, Bilik mesyuarat Balai Polis Cenderawas­ih, Dewan Makan Markas 13 Bridged (Esscom) dan Rumah Kelab Polis IPD Kunak.

Kesemua pusat mengundi tersebut dibuka Suruhanjay­a Pilihanray­a untuk Pilihanray­a Umu Ke-14 bemula jam 8 pagi hingga 5 petang pada Sabtu.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Hazani Ghazali, Ketua Bahagian Operasi Udara Bgd Jeneral Datuk Abdul Razak Ahmad dan Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad turut kelihatan turun mengundi di Dewan Sri Mawar.

Parlimen Silam menyaksika­n saingan empat penjuru terdiri penyandang­nya Datuk Nasrun Mansur (BN), Datuk Mohamadin Ketapi (Warisan), Shazianti Ajak (Harapan) dan Ramli Pataruddin (Pas).

DUN Lahad Datu tiga penjuru antara penyandang­nya, Datuk Mohd Yusof Apdal (BN), Dumi Pg Masdal (Warisan) dan Wong Yu Chin (Harapan).

Manakala DUN Kunak disertai empat calon iaitu Nilwan Kabang (BN), Kasman Karate (Pas), Norazlina Arif (Warisan) dan Sahing Taking (Harapan).

Di Tungku pula empat penjuru terdiri Mizma Appehdulla­h (BN), Assafal @ Samsul Kamal Alian (Warisan), Bulangan Panasi (Harapan), Abd Rahman Taggoh (Parti Kebangsaan Sabah).

 ??  ?? HAZANI (tengah) menunjukka­n bukti dia sudah mengundi.
HAZANI (tengah) menunjukka­n bukti dia sudah mengundi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia