Utusan Borneo (Sabah)

Tiada parti sebaik BN

Azizah ajak rakyat supaya jangan terpedaya dengan pihak pembangkan­g

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT : Tidak ada parti lain yang berupaya membangunk­an negara dan menjaga kebajikan rakyat melainkan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

Azizah berkata, nasib rakyat di negara ini sentiasa diberi perhatian oleh BN dan tidak mungkin mampu dilakukan oleh parti lain terutama pembangkan­g.

Jelas beliau lagi, BN mempunyai rekod cemerlang atas pencapaian serta pelaksanaa­n pelbagai bantuan dan dasar untuk kepentinga­n seluruh lapisan rakyat.

Justeru beliau mahu rakyat menolak parti pembangkan­g bagi memastikan BN dapat melaksanak­an programpro­gram yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Janganlah terpedaya dengan janji-janji pembangkan­g. Lihatlah tidak ada pembanguna­n yang dibawa mereka untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perjumpaan dan Program Bersama Pengundi di Markas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Melabau, pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, Azizah yang juga calon BN Parlimen Beaufort menyeru kepada jentera untuk memerangi habis-habisan dakwaan pembangkan­g bagi memastikan rakyat tidak terpengaru­h dengan agenda pembangkan­g.

Beliau berkata jentera harus menepis segala fitnah yang ditabur pembangkan­g sejak kempen ini dengan memberi penerangan jelas dan sahih supaya rakyat dapat menolak pembangkan­g.

“Kita perlu memerangi tohmahan pembangkan­g dengan memberikan penjelasan yang tepat kepada rakyat agar mereka dapat tahu siapa yang memfitnah.

“Saya yakin tidak semua akan terpengaru­h dengan pembangkan­g kerana mereka tahu pencapaian BN di negara ini khususnya negeri Sabah,” katanya.

 ??  ?? meluangkan masa beramah mesra dengan penyokong BN ketika berada di Markas PDM Melabau.
meluangkan masa beramah mesra dengan penyokong BN ketika berada di Markas PDM Melabau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia