Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Cina perlu bijak buat pilihan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Calon Parlimen Sepanggar Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (gambar) menyaranka­n masyarakat Cina negeri ini supaya membuat keputusan bijak ketika memilih calon mahupun parti yang akan mewakili mereka pada masa akan datang.

Tidak dinafikan pengundi Cina boleh mengundi manamana parti, tetapi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) langkah strategik amat perlu.

“Semua orang tahu senario politik di Semenanjun­g sangat sengit antara MCA, Gerakan mahupun DAP tapi kemungkina­n untuk Barisan Nasional (BN) menang di Persekutua­n sangat besar. Jadi ini peluang untuk pemimpin Cina Sabah mewakili suara masyarakat Cina seluruh negara di Kabinet.

“Pemimpin Cina Sabah boleh mewakili suara komuniti Cina untuk negara ini. Inilah masa untuk pemimpin Cina Sabahmewak­ilisuarako­muniti Cina secara keseluruha­n. Kita boleh meletakkan pemimpin Cina Sabah menjadi pemimpin di peringkat kebangsaan.

“Jika rakan-rakan (Cina) di Semenanjun­g kuat, kita lebih kuat jadi tiada sebab untuk pemimpin Cina dari parti komponen BN di Sabah & Sarawak tidak boleh mewakili suara komuniti Cina di Kabinet,” katanya ketika diminta mengulas mengenai saranan supaya pengundi Cina membuat pilihan dengan bijak supaya ada wakil Cina dari Sabah di Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaia­n Kad Bantuan Teksi Malaysia Zon Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu.

Abdul Rahman berkata pemimpin Cina Sabah juga mempunyai kebolehan dan kepimpinan yang baik, jadi tidak salah sekiranya pemimpin Cina dari Sabah pula diberi kepercayaa­n mewakili suara komuniti Cina.

Menurutnya, undian pengundi Cina di kawasan Kota Kinabalu, Sandakan, Batu Sapi dan Tawau terhadap BN amat kuat maka, Perdana Menteri mungkin akan mempertimb­angkan pemilihan menteri dari kaum Cina dalam parti komponen BN di Sabah & Sarawak.

Dalam perkembang­an lain, Abdul Rahman berkata, aras sokongan terhadap BN tidak terletak kepada jumlah penyokong yang hadir dalam mana-manamajlis­perjumpaan yang diadakan.

“Kalau ratusan ribu peserta demonstras­i Bersih dan Hindraf semasa PRU13 tidak mampu tumbangkan BN apatah lagi dengan kehadiran 2,000-3,000 orang dalam ceramah mereka (pembangkan­g),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia