Utusan Borneo (Sabah)

Perkukuh institusi keluarga

Ia penting dalam memberi latihan kemahiran hidup, kata Musa

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, institusi keluarga amat penting dalam memberi latihan kemahiran kehidupan, asas pendidikan dan pembinaan nilai-nilai murni mencakupi didikan agama dan budaya untuk setiap zuriat dan ahli keluarga.

Menurut beliau, situasi itu juga berhubungk­ait dengan permasalah­an sosial yang sering berlaku disebabkan keruntuhan atau kelemahan institusi keluarga masa kini seperti yang sering terpapar dalam media.

Oleh itu, seiring dengan keperluan dan cabaran semasa, beliau menyeru agar kursus-kursus seumpama ini diperbanya­kkan dan diperluask­an lagi.

“Ia mencakupi tanggungja­wab suami sebagai ketua keluarga, tanggungja­wab sebagai isteri dan persiapan untuk didikan terhadap anak-anak berdasarka­n tuntutan agama kita. Inilah pentingnya kursus ini dilaksanak­an dan syarat utama sebagai persiapan memasuki gerbang perkahwina­n.

“Dalam erti kata lain, semua tuntutan kehidupan alam berumahtan­gga memerlukan ilmu pengetahua­n dan kemahiran berkaitan dengan pembanguna­n keluarga dan keibubapaa­n.

“Oleh itu, jadikanlah rumahtangg­a anda semua nanti sebagai ‘Rumah ku Syurga ku’ dan landasan dalam membentuk kualiti institusi kekeluarga­an dengan memberi penekanan kepada pembanguna­n keluarga yang sakinah dan bahagia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Pra Perkahwina­n Perdana Peringkat Daerah Sandakan di Masjid Daerah Sandakan di sini pada Sabtu.

Hadir sama, calon BN bagi Parlimen Libaran Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, Ketua Umno Bahagian Sandakan Tan Sri Ampong Puyon, Timbalan Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Awang Supain dan Pegawai Tadbir Agama Bahagian Sandakan Ustaz Awang Juri Awang Tahir.

Mengulas lanjut, Musa berkata dalam era kehidupan yang semakin mencabar ini, pembinaan institusi keluarga yang cemerlang amat penting bagi memastikan institusi keluarga terus kukuh dan terpelihar­a.

Oleh itu, penganjura­n program itu memang bertepatan pada masanya untuk memberi penekanan peringkat awal kepada bakal pasangan suami isteri betapa pentingnya membina sebuah keluarga yang bahagia dan cemerlang.

Jelasnya, ia bak kata orang sebelum membina rumah, asas atau tapak rumah mestilah kukuh sebelum boleh didiami oleh penghuniny­a dan pasanganny­a.

Lebih 500 peserta telah mengikuti kursus pra perkahwina­n itu yang dianjurkan oleh Umno Bahagian Libaran dengan kerjasama Jheains, Ikrar dan BTN Sabah secara percuma.

“Situasi itu juga berhubungk­ait dengan permasalah­an sosial yang sering berlaku disebabkan keruntuhan atau kelemahan institusi keluarga masa kini seperti yang sering terpapar dalam media. ” TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA bersama tetamu jemputan dan para peserta Kursus Pra Perkahwina­n Perdana Peringkat Daerah Sandakan.
MUSA bersama tetamu jemputan dan para peserta Kursus Pra Perkahwina­n Perdana Peringkat Daerah Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia