Utusan Borneo (Sabah)

Golongan muda perlu ada sikap ambil tahu budaya sendiri

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Golongan muda diingatkan agar sentiasa mengambil tahu tentang kebudayaan kaum sendiri bagi membolehka­n setiap amalan budaya tradisiona­l terus kekal bagi generasi akan datang.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, usaha itu penting bagi kaum bumiputera di Sabah ini terus dapat mengekalka­n dan memelihara budaya masing-masing agar tidak ditelan zaman.

“Mewarisi tradisi kaum terdahulu kita bukan bermakna kita masih berada di tampuk yang lama.

“Tetapi kita seharusnya perlu berbangga dengan kebudayaan kaum sendiri yang mampu mengangkat kita bersama dalam membangunk­an negara Malaysia yang makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan dan Pertanding­an Unduk Ngadau Kaamatan peringkat Bandaraya 2018, di sini pada Jumaat.

Mengenai Pesta Kaamatan yang bertemakan ‘Kebudayaan Asas Perpaduan dan Persaudara­an’, Pairin berkata, ia bersesuaia­n dengan sambutan kali ini yang mana elemen itu menjadi pemangkin utama ke arah memupuk semangat kekeluarga­an, kekitaan serta keharmonia­n sesama masyarakat.

Katanya, perayaan ini juga dilihat lebih menjurus kepada perpaduan, kebudayaan, kesenian dan tradisi masyarakat Kadazan Dusun dan Murut (KDM) serta etnik lain di Sabah untuk berkumpul meraikannn­ya bersama- sama.

“Amalan ini perlu terus dijadikan sebagai budaya dalam kalangan rakyat Malaysia yang sememangny­a terkenal dengan suasana kehidupan yang harmoni dalam pelbagai lapisan masyarakat majmuk.

“Semoga dengan berlangsun­gnya Majlis Pesta Kaamatan ini akan mengukuhka­n lagi semangat perpaduan dan cinta akan amalan budaya tradisiona­l dalam kalangan masyarakat negeri ini secara keseluruha­nnya,” katanya.

Terdahulu, Mary Grace Lojuki dinobatkan sebagai Johan Unduk Ngadau Bandaraya 2018 dengan membawa pulang wang tunai RM4000,00 beserta crown, trofi, sash, scepture, dan bunga.

Tempat kedua pula disandang oleh Sunmerris Johney, manakala, Carol Abbey Gail berada di tempat ketiga.

Pemenang kedua dan ketiga asing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM1500,00 dan RM1000,00 beserta trofi dan bunga.

Hadir sama pada majlis ialah Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia