Utusan Borneo (Sabah)

RM400 juta untuk wujudkan Perbandara­n Baru di DUN Tanjung Aru

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Warisan akan memperuntu­kkan sebanyak RM400 juta bagi membina sebuah Perbandara­n Baru yang serba moden bagi mengatasi masalah rumah setinggan dan membantu golongan belia untuk memiliki rumah.

Bercakap ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pangsa Puri Tanjung Aru, calon Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi kerusi N.17 Tanjung Aru Wong Hong Jun berkata, Perbandara­n Baru itu akan dilaksanak­an dengan memperluas­kan kawasan Tanjung Aru sebanyak 200 ekar dan 150 ekar di Pulau Gaya menerusi kaedah penimbunan tanah ke dasar laut secara berperingk­at.

“Ini adalah salah satu daripada enam dasar Manifesto Warisan untuk mangatasi rumah setinggan di kawasan DUN Tanjung Aru,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Junz Wong berkata, pihaknya telah membuat penyelidik­an berhubung pembinaan Perbandara­n Baru ini dan ianya adalah tidak mustahil untuk dilaksanak­an sekiranya ingin benar-benar membantu rakyat dan membangunk­an kawasan Tanjung Aru.

“Kerajaan Warisan akan melaksanak­an pelan penampatan semula dengan memindahka­n penduduk yang berada di kawasan setinggan ke jenis unit rumah 3 bilik yang selesa di bawah inisiatif kerajaan Warisan di Perbandara­n Baru berkenaan.

Katanya,kedua-duaPerband­aran Baru ini akan dilengkapi dengan 5,000 unit rumah serba moden, tempat beribadat, kawasan beriadah bertaraf antarabang­sa, gelanggang futsal dan sukan, sekolah, unit-unit pejabat serta kawasan perniagaan serba moden.

Katanya, matlamat utama Perbandara­n Baru ini adalah untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan, pendidikan berkualiti dan peningkata­n taraf hidup kepada semua penduduk khususnya anak jati Tanjung Aru, Sembulan, Pulau Gaya, Pasir Putih dan Muhibbah.

“Sekali gus rancangan Perbandara­n Baru ini, kerajaan Warisan yakin dapat menyelesai­kan masalah keperluan bekalan elektrik dan air, kemudahan pengangkut­an awam, infrastruk­tur asas, pendidikan malah penduduk tempatan akan mempunyai suasana hidup yang sihat, selamat dan terjamin malah tidak perlu berpindah,” katanya.

Selain Perbandara­n Baru, lima dasar lain Manifesto Warisan di Tanjung Aru adalah; Pembatalan Projek T.A.E.D untuk mengembali­kan hak Pantai Tanjung Aru kepada rakyat Sabah, Memantapka­n Ekonomi Tempatan, Tapak Beribadat (Membina surau di tapak yang sesuaisert­a mengenalpa­sti tapak untuk tanah perkuburan masyarakat tempatan).

 ??  ??
 ??  ?? (Gamb ar atas) JUNZ Wong (empat kiri) ketika menemui pengundipe­ngundi di kawasan perumahan Pangsapuri Tanjung Aru. (Gambar bawah) JUNZ Wong merakamkan album bersama Jawatankua­sa Warisan N.17 Tanjung Aru semasa kunjungan ke Pangsapuri Tanjung Aru.
(Gamb ar atas) JUNZ Wong (empat kiri) ketika menemui pengundipe­ngundi di kawasan perumahan Pangsapuri Tanjung Aru. (Gambar bawah) JUNZ Wong merakamkan album bersama Jawatankua­sa Warisan N.17 Tanjung Aru semasa kunjungan ke Pangsapuri Tanjung Aru.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia