Utusan Borneo (Sabah)

Umat Islam di Kampung Takulung, Kota Belud dapat masjid baharu

-

KOTA BELUD: Pembinaan Masjid Kampung Takulung, Losou Podi dekat sini bernilai RM100,000 untuk menggantik­an surau lama memberi keselesaan kepada kira-kira 200 umat Islam di kampung itu untuk menunaikan solat dan menganjurk­an program mengimarah­kan masjid.

Masjid yang siap pada Dis 2017 itu merupakan sebuah inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dengan kerjasama Pusat Zakat Selangor dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata program CSR seumpama itu dapat dilaksanak­an disebabkan adanya sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), yang sentiasa memastikan keadaan di nagara ini stabil bagi membolehka­n setiap perancanga­n dapat dilaksanak­an dengan lancar.

“Pembinaan masjid ini merupakan satu lagi mercu tanda kepada umat Islam di Kampung Takulung. Kita perlu berterima kasih kepada pihak Benas yang melaksanak­an usaha CSR seperti ini sejak dari dahulu lagi dan hari ini mereka telah memilih kampung ini.

“Percaya lah program seumpama ini akan dapat diteruskan menerusi kerajaan yang ada pada masa kini. Ini adalah bukti kita tidak sia-sia untuk menyokong kerajaan BN selama ini...oleh itu rakyat perlu terus menyokong kerajaan sedia ada,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan masjid itu di sini, pada Sabtu.

Teks ucapan Salleh disampaika­n oleh Setiausaha Politiknya Datuk Baharul Sawi.

Sementara itu, Ketua Kominukasi Bernas Norliza Mat Isa berkata program membina semula masjid itu merupakan salah satu inisiatif Bernas di bawah program Ikhlas Komuniti dan merupakan program tahunan bagi membantu meringanka­n beban masyarakat yang kurang bernasib baik.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia