Utusan Borneo (Sabah)

Limus tekad bangunkan Kuala Penyu

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu bertekad memajukan daerah Kuala Penyu sejajar dengan gagasan besar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Katanya beliau telah menggarisk­an visi dan misi untuk kawasan Kuala Penyu menerusi sebuah buku kecil, yang dikenali sebagai Mini Manifesto, tentang perancanga­n beliau untuk masa depan Kuala Penyu.

Beliau berkata Mini Manifesto itu mencakupi semua aspek kehidupan rakyat, antaranya pembanguna­n menyeluruh untuk semua kampung demi kesejahter­aan rakyat termasuk memajukan ekonomi Kuala Penyu dengan menarik lebih ramai pelabur luar, dan antara fokus adalah bidang pelanconga­n.

Selain itu katanya, beliau berjanji akan membela nasib nelayan di daerah ini serta memberi keutamaan kepada golongan wanita dari segi ekonomi termasuk membangunk­an golongan belia di Kuala Penyu demi menjamin masa depan mereka.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Melampai, pada petang Jumaat.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau serta calon BN Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun.

Dalam pada itu, Limus Ketua Bahagian UPKO Beaufort berkata beliau akan terus membangunk­an aspek pendidikan dengan memperkasa­kan lagi Yayasan Pendidikan Limus Jury (YPLJ) demi membantu anak-anak Kuala Penyu.

Disamping itu, beliau juga akan memperkasa dan mempertaha­nkan aspek kebudayaan dan seni warisan bangsa.

Justeru beliau memohon sokongan kepada rakyat di Kuala Penyu untuk memberikan kepercayaa­n kepada beliau sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ini demi membangunk­an Kuala Penyu.

“Saya berharap, rakyat dapat memberikan peluang kepada saya untuk sekali lagi mewakili suara rakyat di kawasan ini, katanya.

 ??  ?? LIMUS serta tetamu kehormat yang lain sedang bersorak melaungkan ‘Tatap BN’ sempena majlis itu.
LIMUS serta tetamu kehormat yang lain sedang bersorak melaungkan ‘Tatap BN’ sempena majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia