Utusan Borneo (Sabah)

Bijak menilai parti benar-benar mampu membela nasib rakyat

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA (depan, tengah) dan Juhari (empat, kiri) melaungkan kata-kata semangat bersama masyarakat Sungai.

SANDAKAN: Masyarakat suku kaum Sungai diingatkan agar bijak menilai parti yang benar-benar mampu membela nasib rakyat sekaligus membawa pembanguna­n secara menyeluruh.

Ketua Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) DUN Sungai Sibuga Tan Sri Musa Aman berkata peringatan itu disuarakan berikutan fenomena kehadiran parti pembangkan­g pada musim pilihan raya umum ini yang umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Bagaimanap­un, katanya kepimpinan parti seumpama itu hanyalah terdiri daripada individu atau kumpulan yang kecewa dan dalam erti kata lain, perjuangan mereka bukan untuk rakyat tetapi demi kepentinga­n peribadi.

“Sebagai rakyat, kita tidak seharusnya terpedaya dan tertipu oleh pembangkan­g termasuk Parti Warisan Sabah (Warisan). Kita semua jelas tahu siapa orang-orang ini. Presidenny­a, Dato Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini adalah bekas pemimpin Umno dan bekas menteri yang telah mengkhiana­t kepada parti dan pemimpin.

“Dia mahu ubah, ubah, ubah, itu hal dia. Yang penting rakyat jangan terikut-ikut dengan dia. Teruskanla­h memilih parti yang sudah ada bukti dan rekod dalam membawa negara dan rakyat maju ke depan.

“Kita ada manifesto yang teratur dan rapi. Ada pelbagai projek dan program yang diatur bukan sahaja untuk generasi kita tetapi untuk anak cucu kita.

“Apa yang lebih penting adalah bagaimana kita berusaha untuk memajukan rakyat dan negeri. Bagaimana mahu menyediaka­n peluang pendidikan supaya anak-anak kita boleh belajar.

“Bagaimana kita berusaha untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk generasi muda,” katanya ketika berucap pada Solidariti Orang-Orang Sungai di Dewan Pandu Puteri di sini pada Jumaat.

Musa berkata, selama ini Sabah menikmati pembanguna­n dan kemajuan hasil usaha parti BN, dan bukannya parti-parti lain.

Jelasnya, ia bukan sekadar cakap kosong, tetapi rakyat sendiri boleh melihat dan menilai bukti dan trek rekod kejayaan kerajaan BN dalam membangunk­an negeri ini.

Sementara itu, Musa berkata pihaknya akan memberi perhatian sekaligus berusaha membantu masyarakat Sungai khususnya yang kurang berkemampu­an untuk memiliki rumah sendiri.

 ??  ?? MUSA
MUSA
 ??  ?? MUSA (depan, tengah) bersama barisan kepimpinan SABAS .
MUSA (depan, tengah) bersama barisan kepimpinan SABAS .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia