Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sentiasa bekerjasam­a dengan JPN

Dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasam­a dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan warga pendidikan dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman berkata selain bekerjasam­a, pihaknya juga akan sentiasa berusaha memastikan keperluan golongan itu diberi perhatian.

“Adalah menjadi harapan semua terutama ibubapa untuk melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, harus ada kerjasama yang mantap dan kuat di antara kerajaan negeri dengan JPN dan warganya serta murid dan ibubapa dalam menjayakan misi melahirkan generasi yang cemerlang dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Anugerah Kecemerlan­gan Kali Pertama Tahun 2018 di Dewan Sekolah Menengah Yu Yuan di sini pada Sabtu.

Musa yang juga calon Barisan Nasional (BN) DUN Sungai Sibuga berkata, kerajaan amat menitikber­atkan pembanguna­n dan kecemerlan­gan pendidikan yang merupakan pendidikan nadi dan tunjang kejayaan sesuatu bangsa dan negara.

“Dalam konteks Sabah khususnya di kawasan Sungai Sibuga dan Libaran, aspek pendidikan merupakan antara penekanan awal yang saya berikan tumpuan sebaik diberikan amanah dan tanggungja­wab sebagai wakil rakyat.

“Adalah menjadi harapan semua terutama ibubapa untuk melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, harus ada kerjasama yang mantap dan kuat diantara kerajaan negeri dengan JPN dan warganya serta murid dan ibubapa dalam menjayakan misi melahirkan ” generasi yang cemerlang dan berdaya saing. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

“Ini termasukla­h menambah bilangan sekolah khususnya di kawasan kampung dan taman-taman perumahan untuk menampung keperluan pendidikan anak-anak kita. Kita maklum bahawa sekolahsek­olah yang hampir dengan tempat kediaman atau perumahan, sudah tentu ia akan menjimatka­n masa dan memudahkan lagi anakanak menimba ilmu.

“Ia juga membolehka­n ibubapa dan guru-guru membuat pemantauan kepada pergerakan dan aktiviti harian anak-anak dan pelajar mereka di sekolah,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, Sh Mahada Sh Attar berkata, program itu bertujuan untuk memberi pengiktira­fan di atas kejayaan dan kecemerlan­gan warga pendidik dalam pelbagai bidang, memotivasi warga pendidik untuk terus bersaing secara sihat sekaligus merapatkan hubungan sesama warga pendidik.

Hadir sama, calon-calon BN bagi Parlimen dan DUN, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan, Datuk James Wong, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Azhar Hamin serta warga pendidik.

 ??  ?? MUSA menerima cenderahat­i yang disampaika­n oleh Sh. Mahada.
MUSA menerima cenderahat­i yang disampaika­n oleh Sh. Mahada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia