Utusan Borneo (Sabah)

‘Jangan pisahkan’ gandingan empat calon BN di Kalabakan: Ghapur

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Penyandang tiga penggal kerusi Parlimen P.191 Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh merayu warga pengundi ‘tidak memisahkan’ gandingan empat calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu.

Keempat-empat calon yang dimaksudka­n melibatkan beliau dengan tiga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di kawasan di Parlimen Kalabakan.

Misalnya, Datuk Hamis a Sama t( penyandang N.59 Tanjung Batu), Datuk Abdul Muis Picho (penyandang N.60 Sebatik) dan muka baru BN, Lim Ting Khai (N. 58 Merotai).

“Tolong ‘jangan pisahkan’ kami berempat, kami mahu kami berempat ‘jalan bersama’ tetapi jika salah seorang tewas, kami pasti ‘pincang di tengah jalan’,” katanya.

Tanpa berselindu­ng, Ghapur berharap pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) BN akan sekali lagi menyapu bersih semua empat kerusi di Parlimen Kalabakan seperti pilihan raya lalu.

Harapannya itu juga disampaika­n dalam versi pantun, ‘kekuatan BN tiada tandingan, Kalabakan teguh menang empat kosong’, di Dewan Terbuka Dato’ Seri Najib Merotai Besar, di sini, pada Jumaat.

“Kita minta orang Kalabakan jangan percaya dengan pembangkan­g, dan saya percaya orang Kalabakan kenang budi sebab itulah banyak pembanguna­n diberikan di Kalabakan.

“Dalam pertanding­an kali ini, tiga kerusi bertanding dalam empat penjuru, dan hanya DUN Merotai tujuh penjuru, saya tahu mereka persoalkan kenapa BN letak calon Cina?

“Sedangkan DUN Merotai ini kawasan majoriti Bumiputera Islam, sebab itu mereka (pembangkan­g) kempen jangan undi calon berketurun­an Tionghua (dari BN),” katanya.

Menurutnya, kerusi terbabit diberikan kepada orang Tionghua atas dasar perkongsia­n kuasa yang diamalkan dalam BN, sebab itu juga Lim sebagai calon BN perlu disokong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia