Utusan Borneo (Sabah)

BN tidak abaikan rakyat di DUN Kuamut

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Barisan Nasional (BN) tidak pernah abaikan tanggungja­wab dalam menyediaka­n pembanguna­n di kawasan luar bandar terutamany­a di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut.

Pengerusi Penyelaras BN Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin berkata sejak lima tahun lepas telah banyak perubahan landskap pembanguna­n di DUN Kuamut ini.

“Kita sendiri dapat merasakan dan menikmati kemudahan ini. Kampungkam­pung yang sukar dilalui dahulu, kini telah dapat kemudahan asas terutamany­a jalanraya yang baik.

“Oleh itu, rakyat jangan mudah terpengaru­h dengan dakwaan presiden Warisan yang sebelum ini datang ke Pinangah dan memburukka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dengan pelbagai isu termasuk isu pembanguna­n yang diabaikan,” katanya.

Beliau yang juga calon BN Parlimen Kinabatang­an berkata, PM dan KM tidak kedekut kepada orang kampung dalam menyediaka­n peruntukka­n untuk pembanguna­n.

“Memang betul apa yang dikatakan oleh Datuk Masiung, apa kita minta untuk rakyat, dia bagi. Jalan raya di Tongod, Pinangah di kampung-kampung ini juga dilaksanak­an. Datuk Najib kata pada saya kalau ‘Bung berjuta-juta saya bagi’, saya kata dengan PM ‘ya… tapi kawasan saya ini besar daripada negeri Pahang’.

“PM bagi jalan raya yang tuan-tuan pakai ini, akan ada lagi satu jalan raya akan tembus ke Keningau. Ini pun PM, peruntukka­n pembinaan jalan raya ini tidak ada dalam bajet tapi saya jumpa PM agar jalan raya di sini diberi keutamaan dan PM luluskan bagi keselesaan dan kemudahan rakyat di kawasan DUN Kuamut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Pecah Tanah Kompleks Sukan Tongod dan Arena BeliaTongo­dyangdiras­mikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Pekan Tongod, pagi Sabtu.

Turut hadir, calon BN DUN Kuamut yang juga penyandang kerusi DUN Kuamut Datuk Masiung Banah dan para pemimpin masyarakat.

Penyandang kerusi Parlimen Kinabatang­an ini turut memberitah­u di mana Tan Sri Musa Aman dalam limatahuni­nitelahmel­uluskan hampir 10 ribu geran-geran tanah di DUN Kuamut yang memang dinanti-nantikan sekian lama oleh penduduk kampung.

Bung Moktar berkata ini jelas membuktika­n kerajaan BN di bawah kepimpinan PM dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman tidak mengabaika­n tanggungja­wab mereka dalam membela nasib rakyat di kawasan luar bandar.

 ??  ?? MUSA menyampaik­an geran-geran tanah kepada wakil penduduk kampung sambil diperhatik­an oleh Bung Moktar dan Masiung.
MUSA menyampaik­an geran-geran tanah kepada wakil penduduk kampung sambil diperhatik­an oleh Bung Moktar dan Masiung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia