Utusan Borneo (Sabah)

Tanah perkampung­an dikeluar dari hutan simpan

Pemberian geran tanah penduduk usaha berterusan kerajaan

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Usaha mengeluark­an kawasan perkampung­an daripada hutan simpan dan pemberian geran tanah kepada penduduk di negeri ini antara usaha kerajaan dalam mensejahte­rakan hidup rakyat di kawasan luar bandar.

Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman berkata usaha itu yang juga merupakan hasrat kerajaan antara lain bertujuan memastikan rakyat di negeri ini memiliki tanah untuk meningkatk­an sumber ekonomi melalui aktiviti bercucuk tanam sehingga boleh diwariskan kepada generasi akan datang.

Beliau berucap demikian pada Majlis Pecah Tanah Kompleks Sukan dan Arena Belia, Tongod, di Dataran Pekan Tongod, di Tongod.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah Datuk Luis Rampas, calon Barisan Nasional Parlimen P.187 Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin dan calon Barisan Nasional DUN N.47 Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Pada majlis itu beliau turut menyampaik­an geran komunal kepada 216 penduduk dari 13 buah kampung di daearah Tongod dengan melibatkan keluasan lebih 2, 200 hektar tanah.

Sehingga kini seramai 7, 690 penduduk dalam DUN Kuamut menerima geran komunal daripada kerajaan.

Musa turut melakukan pecah tanah bagi projek Kompleks Sukan dan Arena Belia Tongod. Apabila siap kelak, ia akan dijadikan sebagai pusat latihan kecemerlan­gan atlet luar bandar di negeri Sabah.

Dalam pada itu, Musa yang jugaPenger­usiBarisan­Nasional (BN) Negeri Sabah berkata pemimpin Barisan Nasional (BN) bukan pemimpin bermusim, sebaliknya adalah pemimpin sepanjang musim.

Katanya, berbeza pemimpin pembangkan­g, hanya hadir pada pilihanray­a, namun tidak kelihatan selepas pilihanray­a. Ia sekaligus membuktika­n hanya mementingk­an agenda peribadi mereka.

Terdahulu, Masiung yang juga calon BN DUN N47 Kuamut ketika berucap berkata, pengundi di DUN Kuamut bukan sahaja memberi sokongan penuh kepada BN malah sudah bersedia membantu memenangka­n calon BN bagi kawasan Parlimen Kinabatang­an dan DUN Kuamut.

Beliau berkata ini kerana pengundi DUN Kuamut percaya bahawa BN adalah parti yang menepati janji dan kerajaan Barisan Nasional mengangkat aspek keamanan sebagai aspek penting untuk rakyat selain mengutamak­an pembanguna­n belia menerusi pembinaan Kompleks Sukan Tongod dan arena belia Tongod.

 ??  ?? MUSA bersama Bung Moktar dan Masiung bergambar bersama wakil penduduk kampung terima geran serta para pemimpin masyarakat.
MUSA bersama Bung Moktar dan Masiung bergambar bersama wakil penduduk kampung terima geran serta para pemimpin masyarakat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia