Utusan Borneo (Sabah)

Mizma sentiasa titikberat­kan bidang pendidikan

-

TUNGKU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Mizma Appehdulla­h sentiasa memberi komitmen yang penuh dalam usaha meneruskan agenda pendidikan kepada seluruh anak bangsa di dalam dan luar bandar daerah ini selepas Pilihan Raya Umum (PRU14).

Beliau berkata, pendidikan merupakan satu bidang yang sentiasa dititikber­atkan dan kepentinga­n itu juga telah termasuk dalam prinsip perjuangan yang akan dibawa oleh beliau sekiranya diberi mandat dan memenangi PRU kali ini.

“Menerusi ‘Akujanji Mengabdi Bersama Rakyat, Tungku Hebat’, teras keenam yang saya tekankan adalah memperjuan­gkan dan meningkatk­an sistem pendidikan mengikut dasardasar kerajaan negeri di mana kita meminta kementeria­n dan agensi kerajaan berkaitan untuk menambah bilangan sekolah menengah atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tungku.

“Justeru, walaupun kami tampak lebih kepada rias politik semata, tetapi demi rakyat dan anak-anak Silam khususnya, kita (BN) tidak pernah mengabaika­n pendidikan malah sentiasa memberi sokongan padu untuk memastikan pendidikan anakanak Silam ini terus terbela dan tidak terabai.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Guru dan Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017 Peringkat Daerah Lahad Datu di Dewan Semai Bakti Desa Kencana Sahabat 16 dekat sini, pada Sabtu.

Mizma yang juga Ketua Pergerakan Wanita Umno Silam berkata, pihaknya menerusi Tabung Khas Pendidikan kerap mengumpul dana untuk menyalurka­n bantuan kepada pelajar dan sekolah-sekolah yang memerlukan sumbangan bagi memudahkan menjayakan program-program pendidikan.

“Inilah antara strategi yang ampuh dalam merelisasi­kan hasrat untuk memantapka­n kualiti pendidikan negara yang juga selari dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 sebagai asas bagi mendukung pembanguna­n modal insan Transforma­si Nasional 2050 (TN50),” katanya.

 ??  ?? MIZMA semasa menyampaik­an sijil penghargaa­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017.
MIZMA semasa menyampaik­an sijil penghargaa­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia