Utusan Borneo (Sabah)

Komitmen kerja keras jentera BN buat Nizam terharu

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.56 Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan terharu dengan komitmen jentera BN sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berlangsun­g.

Menurut Pemangku Timbalan Ketua Umno Bahagian Tawau itu, sepanjang tempoh berkempen setakat ini, beliau dapat melihat sendiri kesungguha­n jentera BN bertugas.

“Saya dapat menyaksika­n, semua kita bekerja-keras, bertungkus-lumus, sehinggaka­n ada yang tidak sempat balik rumah, malah ada yang tidak (terlepas waktu) makan dan minum.

“Semua ini dilakukan sematamata untuk memastikan jentera BN berjalan dengan baik, dan kita memahami inilah perjuangan kita yang sebenar (mesti menang),” katanya.

Nizam berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Perdana Bersama Pemimpin di Batu 4 Jalan Apas, di sini, yang turut dihadiri oleh calon BN DUN N.57 Sri Tanjung Lo Su Fui.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebagai calon pula, pihaknya akan terus bekerja dan berusaha kerana selama ini juga perkara itu bukanlah hal yang asing untuk dirinya.

“Saya yakin dan pasti semua ini kita lakukan kerana kita percaya BN lah parti yang memerdekak­an kita dari penjajah sebelum ini dan membangunk­an kawasan kita.

“Kita perlu pastikan kemenangan BN, dan dalam tempoh baki kempen yang ada, kita perlu meneruskan pengorbana­n dan perjuangan kita bersama-sama,” katanya.

Menurutnya, jentera parti perlu ingat pesanan pemimpin tertinggi BN bahawa PRU kali ini akan menentukan masa hadapan rakyat dan bukannya perkara ‘main-main’.

Beliau berharap semua ahli jentera BN berusaha untuk memastikan kesejahter­aan yang dikecapi hasil pemimpin terdahulu supaya dapat terus dinikmati generasi akan datang.

“Manifesto PRU14 BN melibatkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar-belakang, malah, ‘track record’ kita sebagai pentadbir kerajaan juga sudah terbukti,” katanya.

 ??  ?? NIZAM terharu dengan kesungguha­n komitmen yang ditunjukka­n jentera BN Tawau khususnya Apas sepanjang tempoh kempen PRU14 berlangsun­g setakat ini.
NIZAM terharu dengan kesungguha­n komitmen yang ditunjukka­n jentera BN Tawau khususnya Apas sepanjang tempoh kempen PRU14 berlangsun­g setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia