Utusan Borneo (Sabah)

Warisan tersasar perjuangan ‘Sabah for Sabahan’

- Oleh JOHN TAMBANAN

TUARAN: Enam pemimpin kanan Parti Warisan Sabah (Warisan) di sini keluar daripada parti itu dan beralih sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri Ketua Wariati Warisan N.10 Sulaman Zulianti Idris, Ketua Wira Warisan N.10 Sulaman Amrin Normat, Ketua Wanita Warisan N.10 Tuaran Rusia Mandisen, Timbalan Penyelaras Warisan N.10 Sulaman Madlin Rashid, Ketua PDM Warisan Indai Tuaran, Binalua Anthony dan Ketua PDM Tambalang Tuaran Mad Suimin Meran.

Bercakap pada sidang media di sini pada Sabtu, Zulianti berkata, mereka bertindak keluar Warisan kerana parti itu telah tersasar daripada perjuangan asal.

Katanya, perjuangan asal Warisan adalah untuk meletakkan calon di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga kerusi Parlimen selaras dengan konsep parti itu `Sabah for Sabahan’.

“Tetapi selepas penamaan calon kami dapati Warisan hanya bertanding 50 peratus daripada kerusi DUN dan Parlimen, selebihnya ditadingi oleh Parti Harapan.

Keputusan ini menunjukka­n bahawa perjuangan Warisan telah tersasar dengan konsep atau laungan ‘Sabah for Sabahan’.

Justeru itu, hari ini kami mengambil keputusan untuk memberi sokongan kepada BN, dan membantu kempen untuk calon-calon BN di Tuaran,” katanya.

Semantara itu Madlin berkata, perjuangan Warisan hari ini sudah tersasar kerana bekerjasam­a dengan Parti Harapan dengan memberi laluan kepada calon-calon daripada parti itu bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

“Justeru, kami telah hilang kepercayaa­n terhadap Warisan dan memutuskan untuk beralih sokongan kepada BN,” katanya.

Sementara itu Amrin berkata, beliau menyertai Warisan kerana tertarik dengan Manifesto parti itu yang berjuang `Sabah for Sabahan’, tetapi selepas penamaan calon, perjuangan parti itu tersasar.

“JikabenarW­arisanberj­uang untuk pertahan hak Sabah `Sabah for Sabahan’ kenapa parti itu tidak meletakkan calon di semua kerusi DUN dan Parimen.

“Kami amat kecewa apabila Warisan tidak meletakkan 100 peratus calon di semua kawasan DUN dan Parlimen,” katanya.

Amrin berkata, sebagai ketua wira di sini, dan sebagai wakil anak muda di sini, saya mahu berjuang untuk anak-anak muda di Sulaman, di mana kami memerlukan jaminan jangka panjang seperti peluang pekerjaan, ekonomi, ruang-ruang untuk kami ceburi.

“Tetapi setelah mendapati perjuangan Warisan telah tersasar, kami merasakan kebajikan kami akan tersisih.

 ??  ?? ZULIANTI (empat dari kanan), Madlin (dua dari kanan), Amrin (dua dari kiri), Rusia (dua dari kanan), Mad Suimin dan Binalua (kiri) bersama Tangau (tengah) melaungkan ‘Tatap BN’.
ZULIANTI (empat dari kanan), Madlin (dua dari kanan), Amrin (dua dari kiri), Rusia (dua dari kanan), Mad Suimin dan Binalua (kiri) bersama Tangau (tengah) melaungkan ‘Tatap BN’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia