Utusan Borneo (Sabah)

Nizam obor masa depan Apas

Perjuangan politik adalah tanggungja­wab dan amanah

-

UCAPAN terakhir allahyarha­m Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang membuat hadirin sebak menahan tangis mungkin dapat dilupakan sejenak, tapi pesan hakikinya meneruskan perjuangan bersama Umno/BN menjadi landasan semangat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menggalas perjuangan abangnya yang belum selesai.

Memang berat. Tapi Nizam cukup bersedia. Terlibat dalam arena politik lebih 30 tahun yang lalu sudah cukup matang dan berpengala­man bagi sebuah perjuangan untuk negara, bangsa dan agama. Nizam sendiri bukanlah seorang yang ambisius, tetapi bersedia memikul perjuangan apapun yang diamanahka­n kepadanya.

Apabia dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dari Umno bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N56 Apas, Nizam tanpa ragu dan bimbang menyambutn­ya dengan semangat bersedia untuk memikul amanah itu.

“Saya bersedia untuk mewakili rakyat. Saya sedar, saya juga memiliki kekurangan, tetapi perjuangan adalah tanggungja­wab. Amanah yang harus dipikul.

“Insya Allah, saya akan laksanakan tugas berat ini dengan kesediaan untuk berkhidmat kepada rakyat. Secara mental, saya telah bersedia sejak beberapa tahun lalu. Jadi tidak ada masalah,” kata Nizam optimis.

Menurutnya, bukan pemilihan jadi calon yang menjadi kebanggaan, tetapi amanah yang diberikan untuk mengabdi kepada kawasan yang ditinggalk­an oleh abangnya harus ditunaikan.

“Saya bercita-cita memperheba­tkan kawasan DUN Apas ini sepertiman­a diharapkan oleh pucuk pimpinan BN, terutama sekali Tan Sri Musa Haji Aman, Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN dan Umno Negeri Sabah.

“Saya tidak akan mengecewak­an seluruh penduduk Apas, tanpa mengira asal keturunan dan agama. Kita kan semua sama, rakyat Sabah. Saya mahu berkhidmat untuk semua,” katanya.

Menurutnya, kawaan Dewan Undangan Negeri Apas merupakan kawasan strategik. Rentak pembanguna­n ekonomi Bandar Tawau secara langsung akan menebarkan cahaya kemajuan dalam semua bidang di kawasan Apas.

Nizam, putera ketiga Datuk Abu Bakar Titingan, pastinya akan menjadi pembawa obor perjuangan warisan Titingan menerusi Umno di Sabah. Umno masih dianggap relevan untuk beberapa dekad akan datang.

Nizam yang lahir pada tahun 1966 dan Naib Ketua Umno Bahagian Tawau, berkelulus­an Diploma Perniagaan dari UiTM, menjadi pemimpin muda daerah Tawau yang mempunyai potensi untuk meneruskan perjuangan ayahandany­a yang belum selesai.

Sebagai anak seorang pejuang, Nizam seperti juga abangnya, Datuk Ahmad Bahrom dan allahyarha­m Datuk Tawfiq memiliki ciri-ciri kepimpinan yang sederhana, tapi tegas dan berani.

Dilantik sebagai Ketua Setiusaha Politik kepada Ketua Menteri, Nizam mempunyai peluang untuk menjadi seorang pemimpin Sabah.

Perubahan sempadan kawasan pilihanray­a sudah pasti selain merobah sempadan juga akan menambah jumlah kawasan seperti Sarawak. Pada masa ini, Sabah mempunyai 25 kawasan Parlimen dan 60 kawasan Dewan Undangan Negeri.

Namun perkembang­an politik semasa juga menarik untuk diteliti dengan cermat. Peranan media sosial yang galak telah mengubah pemikiran politik rakyat. Kebangkita­n baharu dalam bentuk `demontrasi’ akan menentukan jalur perjalanan politik Malaysia pada keseluruha­nnya.

Perkembang­an ini sudah pasti turut mewarnai politik Sabah. Meskipun Sarawak juga `terpalit’ tapi kerana Umno tidak ada di sana, kedudukan politik dominasi Bumiputera hanya menghdapi isu-isu setempat yang bersifat tempatan.

Sementara Sabah di mana Umno menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja berdepan dengan isu-isu tempatan yang sengit, seperti pendatang tanpa izin, merupakan antara isu paling mencabar kepimpinan pada masa akan datang.

Sarawak tidak berdepan isu pendatang tanpa izin yang serius meskipun juga bersempada­n dengan Indonesia di mana sumber pendatang sukar dibendung. Bagi Sabah, selain dari Indonesia, kebanjiran pendatang juga dari Filipina.

Generasi Nizam dan seterusnya bukan hanya perlu memikirkan politik dalam Umno, tetapi harus keluar dan melihat permasalah­an negeri Sabah pada keseluruha­nnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NIZAM (tengah) dan bersama calon lain BN pada hari penaman calon 28 April lepas.
NIZAM (tengah) dan bersama calon lain BN pada hari penaman calon 28 April lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia