Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited tangani gejala dadah

-

TUARAN: Dalam usaha kerajaan membantera­s gejala dadah, kerjasama semua pihak khususnya golongan belia amat diperlukan di seluruh negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan begitu komited dalam menangani dan membantera­s masalah dadah kerana ia bukan sahaja musuh utama negara malah faktor kepada kemusnahan bangsa dan agama.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis ‘Touch Point’ - Belia Benci Dadah Bersama Hebatkan Negara anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Sabah di Dewan Kampung Gayang dekat sini baru-baru ini.

Selain itu, dalam program tersebut beliau sempat melawat beberapa buah rumah dan beramah mesra dengan para penduduk kampung dan menghulurk­an bantuan serta mendengar permasalah­an mereka.

“Inilah yang kita lakukan dari masa ke semasa untuk memberi perkhidmat­an yang terbaik kepada rakyat.

“Mereka yang memerlukan terutama sekali membaiki rumah mereka dan sebagainya, bawa kemajuan kepada kampung-kampung yang ada di kawasan saya,” tambah beliau.

Menurutnya, sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, beliau melihat Kampung Gayang boleh dikatakan sebagai sebuah kampung yang bebas daripada gejala dadah khususnya dalam kalangan belia.

“Ini kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti masjid, dewan, jaringan jalan raya kampung yang baik serta membolehka­n belia dan masyarakat kampung melakukan aktiviti sihat dan terhindar daripada gejala dadah,” katanya.

Pengarah AADK Cawangan Sabah Bakri Bibi turut menyampaik­an beberapa sumbangan berbentuk barangan keperluan asas bagi tujuan meringanka­n beban penduduk kampung.

Selain itu, penduduk Kampung Gayang amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana kos membaiki Dewan Gayang yang berjumlah RM20,000 serta penggunaan alat pendingin hawa dalam dewan tersebut telah diluluskan.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Belia Gayang, Kelab Belia Daerah Tuaran dan Skuad AADK Tuaran.

Hadir sama di majlis itu adalah Pengerusi Kelab Mohd Ghazali Hajiji dan Pegawai AADK Tuaran Asraf Hafiz Roslan.

Turut hadir Pengerusi Skuad AADK Tuaran Jaineh Jali dan Pengerusi Belia Gayang Mateli Ekeh.

 ??  ??
 ??  ?? HAJIJI (kiri) menyampaik­an barang keperluan dapur kepada seorang suri rumah diperhatik­an oleh Bakri.
HAJIJI (kiri) menyampaik­an barang keperluan dapur kepada seorang suri rumah diperhatik­an oleh Bakri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia