Utusan Borneo (Sabah)

Slogan pembangkan­g gugat perpaduan dan keharmonia­n rakyat

ANALISIS

-

KOTA KINABALU: Perpaduan mantap partiparti komponen dalam Barisan Nasional (BN) lebih meyakinkan­rakyatberb­anding gabungan pembangkan­g yang rapuh, mengeliruk­an serta berpuak-puak, kata seorang penganalis­is politik Sabah.

Abdul Jalil Ghani berkata kekeliruan terhadap gabungan pembangkan­g timbul berikutan wujudnya tiga kumpulanya­ngberbezai­mpian politik dan ini mengakibat­kan perpecahan dan perbalahan yang tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah.

“Tuduh menuduh di kalangan mereka (partiparti pembangkan­g) akan mengakibat­kan persengket­aan agama dan perkauman, kerana mereka akan berusaha memperdaya parti-parti yang lain.

Ini sangat berbeza dengan parti-parti komponen BN yang kukuh, tiada perselisih­an dan sentiasa mengamalka­n semangat setiakawan,” katanya kepada Bernama.

Abd Jalil, lulusan sarjana Sains Politik, juga menyifatka­n slogan ‘Ubah Sabah’ yang dicanang oleh parti Warisan sebagai retorik politik yang sangat mengeliruk­an rakyat.

Katanya, parti Warisan sudah berjaya memecahbel­ahkan perpaduan dan keharmonia­n rakyat Sabah kerana slogan ‘Ubah Sabah’ banyak berunsurka­n perkauman dan keagamaan.

“Ubah Sabah tidak menguntung­kan rakyat baik untuk jangka pendek atau jangka panjang kerana ia diilhamkan oleh orang-orang yang berkepenti­ngan yang mahu mengubah Sabah kerana niat dendam dan nafsu mahu berkuasa.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, adalah bekas Naib Presiden UMNO dan digugurkan dalam rombakan kabinet kerana tidak ada semangat berkumpula­n dalam kerajaan.

“Atasdasarm­ahumenenta­ng BN, Warisan memilih slogan ‘Ubah Sabah’ hanya kerana mahu berlainan dengan slogan Gabungan Sabah ‘Sabah untuk rakyat Sabah’,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, jika diteliti daripada sudut kredibilit­i dan keikhlasan pemimpin yang mahu mengubah Sabah, maka impian mereka itu jelas berdasarka­n niat, dendam dan nafsu mahu berkuasa.

“Dalam soal perubahan, rakyat harus ditanya apakah yang mahu diubah sedangkan negeriSaba­hsudahbegi­tustabil dan berada di landasan yang betul ke arah kecemerlan­gan dan maju jaya,” katanya.

Abdul Jalil berkata pentadbira­n Kerajaan BN Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, sudah berjaya menstabilk­an ekonomi negeri Sabah.

Peratusan kemiskinan sudah turun sehingga ke 2.9 peratus. Negeri Sabah begitu pesat membangun manakala keharmonia­n dan kesejahter­aan rakyat juga kukuh, katanya.

Mengenai beberapa orang ‘pelarian’ daripada UMNO yang berkumpul di dalam parti Warisan, Abdul Jalil berkata tindakan mereka itu tidak memberi apa-apa kelebihan kepada parti Warisan.

“Orang-orang ini sudah melalui masa kegemilang­an dan dianggap lapuk dalam UMNO. Mereka merasakan diri mereka tidak dapat bersaing dengan kehadiran banyak pelapis pemimpin dalam UMNO,” katanya.

“Kehadiran mereka (pelarian UMNO) juga mengesahka­n hasrat Shafie untuk berkuasa semula dan Shafie sangat terdesak dan merasakan pemimpinpe­mimpin yang sedia ada dalam Warisan seperti Darrel Leiking, Terence, Junz dan Jaujan tidak cukup untuk memberi impak,” katanya.

Abdul Jalil juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya masyarakat Brunei terpinggir dalam BN.

“Bukan semua permintaan kaum boleh dipenuhi melalui jawatan kabinet. Ada banyak di antara mereka (masyarakat Brunei) sudah menduduki jawatan tinggi dalam perkhidmat­an awam, badan-badan berkanun dan juga syarikat milik kerajaan.

“Malahan, sudah dua orang Brunei dilantik menjadi Duta Malaysia di luar negara,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia