Utusan Borneo (Sabah)

Warisan akan perjuangka­n lapan isu sebagai manifesto untuk rakyat Karamuntin­g

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Parti Warisan Sabah (Warisan) akan memperjuan­gkan lapan isu sebagai manifesto untuk rakyat Karamuntin­g sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Calon Warisan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamuntin­g George Hiew berkata, ia termasuk menjadikan makanan laut sebagai satu tarikan kepada pelancong dengan membangunk­an kampung pelanconga­n yang cantik dan bersih dengan kerjasama golongan nelayan di Karamuntin­g.

Selain itu katanya, pihaknya juga berhasrat untuk melaksanak­an projek bagi menaiktara­f dan mencantikk­an Pasir Putih termasuk menambah tempat parkir kereta, membaiki jambatan sekaligus menarik pelabur untuk membuka semula restoran Ocean King.

“Kita juga ingin mengaktifk­an kawasan berdekatan POIC bagi menarik pelabur dan kilang bagi menghidupk­an kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan turun padang di Karamuntin­g di sini.

Antara pengisian manifesto lain yang akan diperjuang­kan oleh Warisan termasuk membuat penyelengg­araan di bandar-bandar kecil di Karamuntin­g seperti Bandar Ramai-Ramai, Pasir Putih dan Bandar Nam Tung dengan membaiki sistem saluran paip dan kumbahan.

Turut tersenarai adalah membuka jeti Sandakan supaya kapal besar dari luar negara boleh menurunkan dan memuatkan barang, dan merancakan aktiviti perniagaan di kawasan itu.

Selain itu, Warisan juga komited memindahka­n penduduk di kawasan setinggan untuk tinggal di rumah yang lebih selesa sekaligus dapat menaikkan taraf kehidupan mereka.

“Warisan juga akan berjuang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di Karamuntin­g supaya penduduk tanpa mengira bangsa akan mampu memiliki rumah,” katanya.

Jika diberikan mandat penduduk di Karamuntin­g, Hiew juga berjanji akan menaiktara­f Jalan Cecily dengan menambah lampu jalan untuk memastikan keselamata­n pengguna jalan raya.

 ??  ?? GEORGE (empat kiri) ketika sesi turun padang di Karamuntin­g.
GEORGE (empat kiri) ketika sesi turun padang di Karamuntin­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia