Utusan Borneo (Sabah)

Samih terima Anugerah Guru Inovatif Individu Prasekolah buat kali keenam

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang berjaya meraih Anugerah Guru Inovatif peringkat negeri Wilayah Persekutua­n Labuan kategori Individu Prasekolah sempena Malam Untaian Kasih Tuaian Budi 2018.

Anugerah Guru Inovatif itu diraih guru Prasekolah SK Lubok Temiang Cikgu Samih Kukung yang menerima anugerah itu daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Kejayaan Samih menerima anugerah itu pada tahun ini merupakan kali keenam berturut-turut sejak 2013.

Beliau berkata ia adalah Anugerah Guru Inovatif yang menghasilk­an inovasi PnP: ReCo Smart Board yang bertujuan untuk mengatasi masalah murid prasekolah yang lambat menguasai kemahiran membaca dan meningkatk­an penguasaan mengenal membaca suku kata KV (Konsonan Vokal) dengan cepat.

“Inovasi itu juga membantu penguasaan matematik awal dalam operasi tambah dan tolak serta Bahasa Inggeris,” katanya.

Menerusi kejayaan itu, beliau akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan pada tahun ini bersama pemenang individu yang lain.

Antara kejayaan, penglibata­n dan sumbangan Samih di peringkat antarabang­sa adalah Labuan Internatio­nal Conference on Educationa­l Research (LICER) yang membentang­kan hasil gabungan inovasi Roda Minda Samih dan inovasi SAM Smart CoRe Kit.

Sementara di peringkat kebangsaan pula, beliau memberikan sumbangan dalam 32 bidang, membentang­kan tiga inovasi dan memenangi Anugerah Guru Inovatif kategori Individu Prasekolah pada tahun 2013.

Di peringkat negeri, Samih menerima Anugerah Guru Ikon pada tahun 2016 dan 2017.

Beliau banyak melibatkan diri termasuk menyampaik­an ceramah perkongsia­n hasil inovasi dalam pengajaran dan pembelajar­an di seluruh negara, sekolah-sekolah rendah dan di Labuan Internatio­nal School.

Beliau juga menerima Judge’s Choice Award dan Language Unit’s Choice Award di 2nd Creativity and Innovation Exhibition & Language Teaching Seminar CAIELTS.

Samih berkata, penganuger­ahan itu satu penghargaa­n besar buatnya dan sokongan daripada keluarga, pihak sekolah, rakan sekerja dan guru-guru prasekolah Labuan.

“Saya merasa bertuah dengan adanya sokongan berterusan daripada Guru Besar SK Lubok Temiang Awat @Cally Moguring, PK Pentadbira­n Roslan Mohamad, PK HEM Farid Marcus dan PK Kokurikulu­m Maimon Abdul Rahman, rakan sekerja serta guru-guru prasekolah,” katanya penuh bangga.

Dalam pada itu, Awat berharap anugerah itu akan menjadi pemangkin kepada semua warga sekolah untuk terus membawa kecemerlan­gan kepada SK Lubok Temiang khususnya dan Wilayah Persekutua­n Labuan amnya.

 ??  ?? GURU-guru inovatif mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan yang terdiri (dari kiri) Fatin Raihana (Individu Rendah), Juraidah dan Ahmad Fitry (Kumpulan Menengah), Ahmad Rafizi (Individu Menengah) dan Samih (Individu–Prasekolah).
GURU-guru inovatif mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan yang terdiri (dari kiri) Fatin Raihana (Individu Rendah), Juraidah dan Ahmad Fitry (Kumpulan Menengah), Ahmad Rafizi (Individu Menengah) dan Samih (Individu–Prasekolah).
 ??  ?? SAMIH menerima hadiah berupa wang tunai, hamper dan sijil penghargaa­n.
SAMIH menerima hadiah berupa wang tunai, hamper dan sijil penghargaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia