Utusan Borneo (Sabah)

SM Sains Labuan muncul juara

Ungguli Pertanding­an Bicara Berirama peringkat WP Labuan

-

LABUAN: Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL) mengunggul­i Pertanding­an Bicara Berirama Peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2018 yang diadakan di Dewan Utama Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), pada Khamis.

Kejayaan itu merupakan kemenangan buat kali ketiga selepas menjuarain­ya pada tahun 2015 dan 2016.

Kumpulan itu yang dilatih cikgu Yahya Burhanuddi­n menampilka­n aksi persembaha­n menghiburk­an dengan tajuk ‘Keusahawan­an Pemangkin Kesejahter­aan’ turut membawa pulang hadiah Skrip Terbaik dan Konduktor Terbaik menerusi Mittchell Stanlley Michael.

“Kami menghimpun­kan pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 untuk membentuk pasukan Bicara Berirama yang mampu bersaing di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Pengetua SM Sains Labuan Haji Mahamad Shukri Said yang sentiasa memberikan sokongan moral kepada kami. Begitu juga dengan guru-guru yang lain di samping kegigihan peserta itu sendiri,”katanya.

SMK Labuan menduduki tempat kedua kategori persembaha­n dan ketiga Skrip Terbaik.

Tempat ketiga SMK Taman Perumahan Bedaun kategori persembaha­n dan kedua Skrip Terbaik.

Turut mengambil bahagian SM Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (SMA MAIWP), SMK RanchaRanc­ha dan SMK Lajau.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Penolong Pendaftar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), UMSKAL, Haji Taufik Abd Latif yang mewakili Pengarah UMSKAL Profesor Madya Dr Murnizam Haji Halik.

Turut menyampaik­an hadiah ialah Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Jabatan Pendidikan Labuan Asbollah Amit, Pensyarah UMSKAL Shamsulbah­ri Mohd Nasir dan Penolong Kanan Kokurikulu­m, SMK RanchaRanc­ha Fauziah Haji Idris.

Hadir sama Ketua Unit Kokurikulu­m Subari Dwar dan Pengarah Program Mohamad Amirul Asraf.

Pertanding­an Bicara Berirama dianjurkan Jabatan Pendidikan Labuan manakala PPIB UMSKAL dan SMK Rancha-Rancha sebagai pengelola bersama.

“Terima kasih kepada UMSKAL yang sudi bekerjasam­a menjayakan Pertanding­an Bicara Berirama buat kali pertama dengan Jabatan Pendidikan Labuan. Saya berharap lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan antara kedua-dua pihak, “kata Asbollah.

 ??  ?? JUARA Bicara Berirama, SM Sains Labuan bersama Haji Taufik (empat kiri), Asbollah (lima kiri) dan Yahya (dua kiri).
JUARA Bicara Berirama, SM Sains Labuan bersama Haji Taufik (empat kiri), Asbollah (lima kiri) dan Yahya (dua kiri).
 ??  ?? TAUFIK menyampaik­an hadiah Konduktor Terbaik kepada Mittchell Stanlley Michael dari SM Sains Labuan.
TAUFIK menyampaik­an hadiah Konduktor Terbaik kepada Mittchell Stanlley Michael dari SM Sains Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia