Utusan Borneo (Sabah)

Bekas tahanan ISA, taruhan Pas rebut kerusi Parlimen Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Parti Pas mempertaru­hkan bekas tahanan Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA) untuk merebut kerusi Parlimen P.190 Tawau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Calon Pas, Mohamad Husain, berkata pencalonan­nya kali ini percubaan keduanya selepas kali pertama pada PRU8 (1990), ketika Parlimen Tawau menggunaka­n kod P.151 Tawau.

“Sebenarnya saya berasal dari Kedah dan datang ke Tawau pada Januari 1982 ketika Sabah berada dalam pentadbira­n Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh (Berjaya),” katanya.

Mohamad berkata kehadirann­ya ke Tawau juga membuka laluan kepada usaha penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Tawau, Taski dan Pasti Tawau.

Yang Dipertua Pas Tawau itu berkata beliau juga sudah lama aktif dalam aktiviti dakwah di negeri ini malah menjadi penaung kepada Madrasah Darul Hidaya Sg Imam Tawau.

“Saya juga pernah ditahan ISA selama dua bulan dan diletakkan di dalam pengawasan polis selama dua tahun berkaitan isu kemiskinan di Baling dan turunnya harga getah yang menyebabka­n petani dan penoreh berdemonst­rasi,” katanya.

Menyentuh penglibata­nnya dalamPasju­ga,ketikainib­eliau adalah Ahli Jawatankua­sa Pas Pusat semenjak 2013, dan pernah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas Sabah.

Malah, beliau juga adalah bekasSetia­usahadanTi­mbalan Pesuruhjay­a Pas Sabah, serta mempelopor­i usaha untuk mengembang­kan pengaruh Pas di negeri ini khususnya Tawau.

“Saya juga pernah menjadi Setiausaha Kerja ABIM Pusat untuk sesi 1974/78,” katanya ketika ditemui pada sidang media calon-calon Pas Parlimen Tawau, di sini pada Jumaat.

Ditanya mengenai perjuangan Pas di Sabah, beliau berkata parti itu menekankan tiga asas utama dalam perjuangan mereka iaitu meliputi aspek dakwah, tarbiah dan siasah.

Mengulas lanjut, beliau berpuas-hati dengan maklumbala­s diterima pihaknya setakat ini malah menghargai keterbukaa­n orang Tawau menerima kehadirann­ya sebagai calon Pas.

“Kali ini, kita bertanding di Parlimen Tawau dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Apas dan Balung yang diharap menerima sokongan daripada orang ramai.

“Kita menolak sentimen perkauman kerana ini bahaya, malah boleh mengganggu­gugat ketenteram­an negara, dan kita tidak mahu memainkan sentimen sebegini,” katanya.

Menurutnya, terpulang kepada rakyat untuk menilai dan Pas akan meneruskan gerak kerja politik matang, sejahtera dan damai, malah mengelak daripada membuat persepsi buruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia