Utusan Borneo (Sabah)

67 pelajar sekolah rendah dari 14 daerah sertai English In Camp

-

BEAUFORT: Seramai 67 pelajar sekolah rendah dari 14 daerah telah menyertai English In Camp 2018 Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di SK Mempagar, di sini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan khususnya untuk memantapka­n penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan peserta seperti Pertanding­an Buku Log dan pertanding­an peserta perkhemaha­n terbaik.

Program tiga hari itu bertujuan memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris dan sekaligus meningkatk­an penguasaan pelajar dalam bahasa berkenaan selain memberi peluang kepada peserta berinterak­si secara berkesan khususnya para peserta yang mewakili pelbagai daerah di negeri ini.

Pegawai Teknik English In Camp Negeri Sabah Avella Andau berkata, program itu adalah untuk memilih wakil

PARA pemenang Pertanding­an English In Camp.

sekolah rendah ke peringkat kebangsaan agar negeri Sabah boleh menghantar peserta yang berkualiti dalam pertanding­an berkenaan.

“Selain empat peserta terbaik yang terpilih ke peringkat kebangsaan, tambahan tiga lagi peserta yang akan terpilih ke peringkat antarabang­sa,” katanya.

Sementara Pegawai Teknik Daerah Beaufort Florence Jerome mengucapka­n terima kasih atas kepercayaa­n kepada Daerah Beaufort menjadi tuan rumah English In Camp pada tahun ini.

“Ini juga menjadi cabaran kepada semua petugas yang terlibat dalam menjayakan program ini,” katanya.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Kamal Kupon mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort mengucapka­n tahniah kepada semua peserta yang mengikuti program berkenaan.

“Diharap dengan usaha ini para peserta dapat menghayati dan meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

“Tahniah juga kepada AJK pelaksana yang telah berjaya dengan cemerlang mengendali­kan program ini,” tambahnya.

Peserta Buku Log terbaik kategori lelaki dan perempuan dimenangi oleh Kenneth dan Cassandra. Sementara Peserta Perkhemaha­n Terbaik ialah Xavier (lelaki) dan Nurul (perempuan).

 ??  ??
 ??  ?? PARA peserta merakamkan gambar kenangan.
PARA peserta merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? AVELLA
AVELLA
 ??  ?? FLORENCE
FLORENCE
 ??  ?? SHENDY
SHENDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia