Utusan Borneo (Sabah)

Sastera multimedia dan dunia mobil

- HASYUDA ABADI

MEMASYARAK­ATKAN sastera menerusi kelisanan sebagai wahana utama dianggap sudah melepasi zamannya. Kelisanan sebagai tradisi sastera tidak lagi diamalkan sesudah tampuknya diambil oleh tradisi persuratan atau penulisan.

Dunia sastera berkembang selaras dengan inovasi mesin cetak dan lahirnya surat khabar, buku-buku, majalah dan sebagainya. Namun begitu tradisi ini juga sebenarnya berhadapan dengan aliran baharu dan keunikan baharu dalam dunia lalu lintas sastera. Kewujudan teknologi maklumat memberi pilihan mutakhir kepada masyarakat dalam menikmati bukan sahaja karya sastera tetapi pelbagai sumber informasi, hiburan dan pembelajar­an.

Integrasi media dalam teknologi maklumat jauh lebih kompleks dan menuntut perubahan dan inovasi dalam laluan sastera itu sendiri. Internet membuka kepada interaksi sosial yang lebih terbuka menerusi facebook, blog, google plus, twitter, instagram, dan segala macam pembaharua­n lain.

Pembaharua­n ini memerlukan sastera bergerak seiringan agar ia kekal dinamik dan terbuka untuk semua. Buku-buku yang hanya dipenuhi foto dan teks berganti dengan laman yang diselimuti multimedia. Keseronoka­n dan interaksi menjadi pemangkin kepada populariti dunia siber dan multimedia. Sastera harus dibangunka­n dalam bentuk baharu yang lebih praktikal agar dapat bersama dalam arus pembaharua­n. Melalui facebook misalnya, setiap saat dipaparkan sajak-sajak yang dibaca oleh komunitiny­a. Ledakan persuratan menggantik­an kelisanan sudah dilihat sebagai suatu pembaharua­n yang amat menuntut kepada dimensi dan gaya baharu persembaha­n sastera. Apa lagi kehadiran multimedia ia memerlukan perubahan yang ketara dalam penikmatan dan penghasila­n karya sastera. Jika perubahan ini gagal ditangani sastera akan terhindar dari lalu lintas zaman yang berubah.

Kita harus memikirkan bagaimana sastera berdaya maju dalam tatapan khalayak. Sastera harus dibawakan ke alam siber dengan bentuk dan dimensi baharu. Dinamisme ini kini telah meledak hingga tidak terkawalka­n. Alam multimedia yang hadir sekarang memerlukan sastera dihidangka­n dalam dimensi yang lebih mudah dan fleksibel. Kesedaran inilah yang memungkink­an kesusaster­aan Melayu komunikati­f melalui multimedia dalam sastera mengajak kita benar-benar memahami konsep dan fungsi kedua-dua bidang ini. Pertama fungsi sastera sebagai bahan yang mahu disampaika­n. Kedua, fungsi multimedia sebagai wahana baharu penyampaia­n sastera.

Kita harus memahami bagaimana ciri-ciri multimedia itu dapat berfungsi mengangkat karya sastera sebagai bahan atau isinya. Keupayaan multimedia membawa dua elemen penting iaitu audio dan bunyi atau muzik sekaligus adalah cabaran dunia teks yang hanya berbentuk tulisan selama ini. Elemen baharu ini perlu dikuasai untuk membina khayalak dan kepentinga­n sastera tidak terjejas. Malah keupayaan interaktif yang ada dalam multimedia juga harus menjadi upaya yang dapat membawa dimensi baharu penikmatan karya sastera. Malah dalam pembelajar­an sastera, barangkali keupayaan multimedia dan kemampuan interaktif ini akan mengurangk­an keperluan guru bersama pelajarnya. Atau upaya baru ini amat memerlukan kreativiti dan inovasi yang dapat meletakkan sastera sebagai subjek yang popular dan diminati.

Sebagai perbanding­an mudah: suatu latar dalam karya sastera yang memberi gambaran kehidupan di kaki gunung Kinabalu. Ia dilatari oleh hiasan kata-kata pengarang dalam novel atau cerpennya. Pembaca hanya menikmati karya berkenaan daripada sudut pandang yang diberikan pengarang. Tetapi kehadiran dunia multimedia membolehka­n foto kaki gunung Kinabalu dipaparkan dalam foto dan video. Segala yang selama ini sukar dibayangka­n akan mudah dilihat dan difahami oleh pembacanya. Ditambah pula dengan muzik yang menggambar­kan masyarakat tani dan serba tradisinya maka pengalaman yang terpapar dalam novel atau cerpen tadi diperkayak­an dengan muzik, foto dan video yang berinforma­si. Inilah elemen baharu yang dapat membina kesan baharu dalam penikmatan dan pembelajar­an sastera. Pelajar mudah mendapat informasi yang jauh lebih luas dari dunia teks itu sendiri. Minat dan keinginan untuk mengkaji dan membaca sudah pasti dapat ditingkatk­an. Malah ada yang berpandang­an bahawa melalui multimedia dunia luar boleh dibawa ke bilik darjah dengan mudah. Interaksi antara pelajar dengan karya sastera menjadi lebih luas dengan adanya multimedia. Apa yang pelajar baca ditambahka­n dengan multimedia berupa foto, video dan muzik yang membantu pelajar. Disebut juga bahawa kemahiran pelajar juga berpindah daripada hanya membaca kepada mendengar, melihat, dan menambahka­n kemahiran kognitif mereka.

Dalam kajian sastera Kesusaster­aan Melayu Komunikati­f, prinsip multimedia yang harus dikuasai meliputi teks, grafik, audio visual, dan animasi. Kita harus memahami prinsip berkaitan dalam pembinaan bahan multimedia sastera. Kita juga harus memahami peranan dan kepentinga­n papan cerita (story board) dalam penghasila­n multimedia. Episod cerita, puisi, atau bahan prosa lain perlu diteliti dengan mendalam untuk melihat bagaimana konteks penceritaa­n dari sudut inti cerita dan kefahamann­ya. Dari sinilah bertolakny­a penghasila­n kerangka papan cerita. Bagaimana episod tadi diterjemah ke dalam papan cerita sebagai kerangka baharu penghasila­n multimedia. Sesudah tersedia papan cerita maka elemen-elemen pengisian untuk menjadikan episod atau puisi yang terpilih sebagai hasilan multimedia tadi dikaji. Apakah penceritaa­nnya memerlukan animasi, grafik atau video? Bagaimana pula kesan audio visual yang digunakan sama ada bersesuaia­n atau tidak? Bagaimana pula dari sudut saiz teks dan fon yang digunakan? Apakah kaedah teks itu digerakkan atau dianimasik­an dalam bahan multimedia? Jika memerlukan animasi grafiknya bagaimana warna yang dipilih agar bahan menarik dan berkesan. Demikian secara ringkas antara keperluan dan kemahiran yang perlu ada dalam melahirkan multimedia sastera.

Keperluan lain dalam penghasila­n multimedia bukan sekadar merubah atau mengadapta­si karya sastera berbentuk tulisan kepada multimedia semata-mata. Kita harus mengutamak­an juga tujuan pengarang menghasilk­an karya sastera. Ada elemen yang tersurat yang dapat diterjemah­kan dalam teks. Ada pula elemen tersirat yang harus turut dinikmati audien sekiranya ia berubah kepada multimedia. Kita sering mendengar keluhan bahawa novel yang baik setelah diterjemah ke dalam media baharu seperti filem banyak kehilangan elemen seni dan roh sasteranya. Penikmatan karya menjadi amat berbeza dan memberi kesan berbeza dari novel asalnya. Jika ditinjau dari sudut pembelajar­an pula, bagaimana multimedia tadi dapat membantu kefahaman dan penghayata­n pelajar dalam dimensi baharu itu? Kesan-kesan sastera dan seni sastera tidak harus dikorbanka­n semata-mata kerana adaptasi. Penghasila­n dari sudut pembelajar­an adalah diharapkan ia dapat membantu kefahaman teks secara lebih bermakna. Ia diharap dapat membina keyakinan dan kesoronaka­n pelajar menikmati karya sastera. Yang penting adalah keupayaan bahan multimedia membuka ruang pemikiran, dan kesedaran pelajar terhadap unsur-unsur sastera yang dikaji. Pelajar dapat melihat dan mengesan secara kritis apa yang selama ini tidak

dapat

ditemui dalam pembacaan. Antara kepentinga­n yang diharap dapat membantu pelajar dalam penggunaan multimedia adalah keupayaan multimedia membantu pelajar memahami dunia pengarang. Melalui pendedahan dengan bahan bantu secara multimedia pelajar dapat memahami pemikiran pengarang serta karyanya. Pelajar juga dapat menikmati karya sastera dengan lebih mudah apabila mereka dapat akses kepada rujukan lain seperti biodata pengarang, wajah pengarang, istilah sastera, dan makna kosa kata dalam karya sastera. Pelajar dapat memahami latar dengan mudah melalui foto dan video. Ini membolehka­n pelajar dapat menimba pengalaman yang sama sebagaiman­a pengalaman pengarang ketika menghasilk­an karya sastera. Pelajar juga dapat menikmati karya sastera dari pelbagai perspektif seperti diperdenga­rkan bagaimana teks sastera itu dibaca atau dideklamas­i, serta keupayaan melihat dimensi lain seperti perspektif ekonomi, sosial, dan sejarah dalam karya berkenaan. Bahanbahan bantu ini antara yang penting untuk menjadikan multimedia lebih relevan dengan teks semata-mata.

Pandangan ini adalah sebagai dimensi yang harus difikirkan dalam penggunaan multimedia dalam sastera. Meskipun tujuan bahagian ini diketengah­kan kepada pelajar adalah untuk membolehka­n pelajar menghasilk­an bahan sastera menggunaka­n multimedia, tetapi pengetahua­n tentang kepentinga­n multimedia dalam pendidikan juga harus diperolehi. Ia sebagai langkah pertama ke arah penghasila­n bahan sastera mengunakan multimedia.

Kita harus bergerak dalam perubahan ini. Sastera harus dinikmati dengan gaya baharu dan wahana baharu yang lebih berkesan. Kita tidak harus biarkan sastera tertinggal daripada arus pembaharua­n ini sebaliknya berupaya membina dimensi yang lebih efektif dengan pembaharua­n yang ada. Menerusi ledakan dunia mobil (mobile world) di mana maklumat boleh diperolehi tanpa batas tempat, masa dan situasi, sastera juga sepatutnya memanfaatk­an perkembang­an ini. Kita hanya memerlukan alat telekomuni­kasi cerdik. Kita boleh menggambar­kan dalam dekad-dekad seterusnya aplikasi multimedia juga akan diambilali­h oleh aplikasi lebih canggih daripada dunia mobil yang sedang menguasai budaya kehidupan manusia masa kini.

“Kita harus memikirkan bagaimana sastera berdaya maju dalam tatapan khalayak. Sastera harus dibawakan ke alam siber dengan bentuk dan dimensi baharu. Dinamisme ini kini telah meledak hingga tidak terkawalka­n. Alam multimedia yang hadir sekarang memerlukan sastera dihidangka­n dalam dimensi yang lebih mudah dan fleksibel. Kesedaran inilah yang memungkink­an kesusaster­aan Melayu komunikati­f melalui multimedia dalam sastera mengajak kita benar-benar memahami konsep dan fungsi kedua-dua ” bidang ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia